:salam
Di sini saya ada kemusykilan sedikit.. Adakah Nabi Danial ini Wali atau nabi? ada seorang teman saya bertanyakan soalan ni. saya kurang pasti macam mana nak jawab sebab saya sendiri kurang faham. Kalau ada antara ustaz2 yang sudi menerangkan sedikit perihal perkara ini pada saya, saya ucapkan jutaan terima kasih. JZK
:salam
Jazakallah khair kerana bertanya. Ia merupakan satu soalan yang baik. Kami cuba menganalisis dgn sebaiknya.
Siapakah Danial?
Tidak banyak kisah tentang beliau yang diceritakan oleh para ahli ilmu. Antara fuqaha yang menceritakan perihal Danial ini adalah Ibn Abi Dunya. Beliau menceritakan Danial hidup di zaman pemerintahan Nebuchanezzar pemerintah Babylon.
Antara riwayat, Abu Bakr Ibn Abu Dunya menulis dalam kitabnya Ahkam Al-Qubur dalam satu riwayat yang panjang berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Daniel menyembah Allah, Umat Nabi Muhammad akan mengebumikannya.” Baginda bersabda lagi, “Barangsiapa menjumpai Danial (mayatnya), berilah khabar syurga kepadanya.” Orang yang menjumpai mayatnya dipanggilnya Harqus. Umar Al-khattab menghantar Abu Musa dan berkata, “Kebumikanlah ia dan hantar kepada harqus kerana Rasulullah S.A.W telah menjanjikan syurga kepadanya.” (Hadith ini adalah mursal)
Yunus Ibn Bakeer meriwayat bahawa Muhammad ibn Ishaaq meriwayatkan bahawa Abu Khalid ibn Dinar meriwayatkan bahawa Abu Aalia berkata, “Apabila Tastar diceroboh, kami menjumpai harta perbendaharaan Al-Harmazan, di mana di atas katil terdapat mayat yang baring bersama skrip suci di sebelahnya. Kami mengambil skrip itu dan membawa ia kepada Umar Al-Khattab. Umar memanggil Ka’b dan meminta beliau menterjemahkan skrip itu ke bahasa arab, dan aku adalah orang arab yang pertama membacanya. Apabila aku membacanya seolah2 aku membaca quran. AKu berkata kpd Abu Aalia, “Apakah kandungannya?” Abu Aalia berkata, “Ia mengenai sejarah kehidupan, riwayat, syair, ucapan dan apa yang terjadi.” Aku bertanya, “Apakah yang engkau lakukan terhadap ia?” Dia menjawab, “Kami menggali tebing sungai 13 lubang kubur. Pada malam hari kami mengkebumikan ia dan meratakannya utk mengelakkan orang memujanya.” Aku bertanya lagi, “Apakah mereka mahukjan darinya?” Dia menjawab, “Apabila langit cerah, dan mereka pergi ke katilnya, lalu hujan turun.” Aku bertanya lagi, “Siapakah lelaki ini?” Dia menjawab, “Ia seorang lelaki yang dipanggil Danial.” Aku bertanya, “Berapa lamakah dia sudah mati?” Dia menjawab, “300 tahun.” Aku bertanya, “adakah terdapat sebarang perubahan pada mayatnya?” Dia menjawab, “Tidak, kecuali janggut dan misainya, kulit para nabi tidak akan dimamah bumi atau ulat.”
Tarjeeh:
Dari segi rantaian perawi, Sanad riwayat ini adalah hasan. Dari segi matan, Kalau sekiranya benar dia mati 300 tahun yang lampau, ini membawa maksud ia bukanlah nabi kerana tiada nabi antara Nabi Isa A.S dan Muhammad S.A.W seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari. Dia hanyalah manusia biasa yang diberi kelebihan kepadanya. Dgn kelebihan ini, maka sudah tentunya ia adalah hamba Allah yang soleh atau disebut orang kebanyakan sebagai wali. Dan mungkin juga dia seorang Nabi.
Dlm old testament, terdapat surah Daniel VII yang menceritakan perihal hidup beliau. Para penganut kristian menganggap dia sebagai Nabi. Tentunya ada kisah beliau dlm bible yang saya rasa banyak unsur2 israiliyyat, jadi tak perlu disebutkan di sini.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang benar.
Wallahua’lam.
http://www.zayed.com
:wassalam
Tas-hih/Tahqeeq
Jawapan Ust Z baik sekali dan konsisten dgn apa yg dikemukakan oleh alHafeedz Ibn Katheer dalam Qisyasyul Anbiya'. Tidak ada masalah mengatakan Danial itu Nabi atau Wali kerana istilah ini ada sama makna. Bahkan Nabi Muhammad saw pun adalah Wali Allah yg paling mulia. Abu Bakar, Umar juga adalah Wali2 Allah.
Jarak antara Isa AS dan Muhammad saw (anggaran 1000 tahun), memang tidak diutuskan Nabi & Rasul, tapi para Auliya' dan Nabi-nabi itu sentiasa ada. WA