SJ - 3128 : Bila Mereka yg tidak bersolat Berpuasa...

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3128 : Bila Mereka yg tidak bersolat Berpuasa...

:salam
Sudah maklum bahawa amal² org² kafir dan musyrik tidak akan diterima.Saya ada terbaca buku Fatwa² Al Utsaimin. Tercatit di buku, itu bahawa org yg meninggalkan solat adalah kafir. Jadi mcm mana pula org muslim yang meninggalkan solat tapi berpuasa, adakah puasa nya itu akan diterima kerana dia seorang muslim? :nari

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3128 : Bila Mereka yg tidak bersolat Berpuasa...

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Ramadhan Mubarak! kami akan cuba menjawab soalan yang sdr ibnu_osman keutarakan dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Ulama' mengatakan tidak ada gunanya kebaikkan bagi sesiapa yang meninggalkan solat, walaupun ia mengeluarkan zakat, berpuasa dan mengerjakan Haji. Didalam sebuah hadith Nabi saw, bahawa Buraydah berkata, Rasulullah saw bersabda :

[="#800000" size="3"]ãóäú ÊóÑóßó ÕóáÇÉó ÇáúÚóÕúÑö ÝóÞóÏú ÍóÈöØó Úóãóáõåõ
"Barangsiapa yang tidak bersolat Asar, maka amalamnya menjadi gugur" [hadith riwayat Al-Bukhaari #520]

Hadith ini menunjukkan bahawa apabila seseorang itu tidak melakukan amalan Solat, maka segala kebaikan yang dilakukan tidak dapat memunafaatkannya, iaitu sia-sia belaka.

Menurut Shiekh Ibn Utsaimin (fataawa al-Siyaam, ms.87) :

[="#0000ff" size="3"]ÊÇÑß ÇáÕáÇÉ Õæãå áíÓ ÈÕÍíÍ æáÇ ãÞÈæá ãäå º áÃä ÊÇÑß ÇáÕáÇÉ ßÇÝÑ ãÑÊÏ ¡ áÞæáå ÊÚÇáì : ( ÝóÅöäú ÊóÇÈõæÇ æóÃóÞóÇãõæÇ ÇáÕøóáÇÉó æóÂÊóæõÇ ÇáÒøóßóÇÉó ÝóÅöÎúæóÇäõßõãú Ýöí ÇáÏøöíäö ) ÇáÊæÈÉ/11
"barangsiapa yg meninggalkan solat maka tidak sah puasanya, dan tidak diterima darinya! Sesungguhnya orang yang meninggalkan Solat itu kafir dan murtad, kerana Allah swt berfirman : "Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama"[Al-Taubah: ayat-11]"

Didalam Fataawa Al-Lajnah Al-Daaimah (fatwa no:102), ketika menjawab soalan mengenai apakah hukumnya orang yang hanya berpuasa didalam bulan Ramadhan sahaja, katanya:

[="#0000ff" size="3"]ÇáÕáÇÉ Ñßä ãä ÃÑßÇä ÇáÅÓáÇã¡ æåí Ãåã ÇáÃÑßÇä ÈÚÏ ÇáÔåÇÏÊíä æåí ãä ÝÑæÖ ÇáÃÚíÇä¡ æãä ÊÑßåÇ ÌÇÍÏÇð áæÌæÈåÇ Ãæ ÊÑßåÇ ÊåÇæäÇð æßÓáÇð ÝÞÏ ßÝÑ¡ ÃãÇ ÇáÐíä íÕæãæä ÑãÖÇä æíÕáæä Ýí ÑãÖÇä ÝÞØ ÝåÐÇ ãÎÇÏÚÉð ááå¡ ÝÈÆÓ ÇáÞæã ÇáÐíä áÇíÚÑÝæä Çááå ÅáÇ Ýí ÑãÖÇä¡ ÝáÇ íÕÍ áåã ÕíÇã ãÚ ÊÑßåã ÇáÕáÇÉ Ýí ÛíÑ ÑãÖÇä¡ Èá åã ßÝÇÑ ÈÐáß ßÝÑÇð ÃßÈÑ¡ æÅä áã íÌÍÏæÇ æÌæÈ ÇáÕáÇÉ Ýí ÃÕÍ Þæáí ÇáÚáãÇÁº
"Solat adalah salah satu rukun Islam, dan ia merupakan rukun yang terpenting selepas mengucap 2 kalimah syahadah, ia merupakan Fardu Ain. Dan barangsiapa yang meninggalkannya kerana menafikan ianya wajib, atau tidak melakukannya kerana lalai dan malas, maka ia menjadi kafir. Mengenai mereka yang berpuasa dibulan Ramadhan dan hanya bersolat dibulan Ramadhan sahaja, itu adalah menipu Allah, dan sangat malang bagi mereka yang mengenal Allah hanya didalam bulan Ramadhan, maka tidak sah puasa mereka jika mereka tidak bersolat selain dari bulan Ramadhan, bahkan menjadikan mereka itu kafir iaitu kufur yang besar, walaupun mereka tidak menafikan Solat itu wajib, menurut pandangan ulama' yang lebih sahih" [Fatawa Al-Lajnah Al-Daa'imah - 10/140].

wallahu'alam. wassalam
=========
Rujukan :

1. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 10. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000.

خيرالأمين