SJ - 3173: Tingkat keyakinan diri

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3173: Tingkat keyakinan diri

:salam
Adakah terdapat sebarang hadith yang menerangkan sesuatu amalan atau doa untuk meningkatkan keyakinan diri seseorang?
terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3173: Tingkat keyakinan diri

:wassalam
Jawab

Ayat2 AQ dan Do'a yg makthur itu banyak sekali. Tetapi isu 'keyakinan diri seseorang' bukan boleh disembuhkan dengan berdo'a semata.
Hari ini isu keyakinan diri menjadi industri bernilai jutaan ringgit dgn pakej kursus dan latihan dari pakar Motivasi dari luar dan dalam negara. Kerajaan misalnya memperkenalkan slogan Malaysia BOLEH dan hari ini remaja diwajibkan menjalani kursus Khidmat Negara secara mandatori dan antara pakejnya ialah meningkatkan keyakinan diri.

Pendekatan Islam pula ia membawa manusia kepada mathal a'la (induk kekuatan) dalam aqeedah terus kepada Allah, kepada generasi salaf, kepada AQ dan asSunnah..orang Islam mestilah melalui siri rawatan yg panjang utk memulihkan keyakinannya dan yakin dgn Islam sebagai cara hidup dikalamana putaran alam menyaksikan Islam dan umatnya berada dikancah teroris, sedangkan umat yg benar2 teroris menjadi unggul dan memerintah alam sbg Polis Dunia.
Lihat Firman Allah," janganlah kamu bersikap lemah, dan bersedih hati padahal kamulah orang2 yg paling tinggi, JIKA kamu beriman" terjemah AQ 3:139

Kekadang kursus2 motivasi, bina insan, atau perkaderan itu baik sekali utk mendapat gambaran asas mengenai self -esteem, asas2 motivasi.

Rumusan: Isu keyakinan diri/self-esteem/motivation/merasa tinggi dgn Islam adalah isu tarbiyah dan tasyfiyah (pendidikan berterusan dan pembersihan jiwa). Tidak ada jalan pintas di atas tikar sembahyang dgn membaca AQ dan berdo'a semata.Kita menjejaki jalan salaf, bagaimana manusia hina dan kerdil dari padang pasir gersang, membina empayar yg luas dalam masa 25 tahun sahaja. Suatu yg paling menakjubkan sekali dalam tamaddun manusia bagaimana Nabi saw menukar orang Arab jahiliyah ini menjadi tokoh2 sejarah yg amat terkenal. Rahsia ini ada dalam kitab suci alQur:an dan Sunnahnya. WA