SJ - 3188 : [G] Saf Makmum Muslimah

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3188 : [G] Saf Makmum Muslimah

:salam

Ustaz, bagaimana pul saf muslimah yg bermuhrim dgn Imam lelaki? soalan ini tentang jemaah 2 orang sahaja.(Imam lelaki & Makmum perempuan)?

Re: Saf Makmum Muslimah

:salam

Pada kebiasaannya, kita akan melihat dalam buku2 bahawa kedudukan makmum seorang perempuan adalah dibelakang sebelah kiri imam. Namun, setelah mencari dalilnya, tidaklah saya bertemu dgnnya. Apa yg ada hanyalah dalil umum yg mengatakan makmum perempuan adalah dibelakang imam dan makmum lelaki. Antaranya:

Anas bin Malik ra berkata, “Saya bersembahyang beserta seorang anak yatim di rumah kami, di belakang Nabi saw, sedang ibuku Ummu Sulaim, berdiri di belakang kami.”[HR Bukhari]

Ibn Abbas ra berkara, “Saya bersembahyang di samping Nabi saw sedang Aisyah beserta kami bersembahyang di belakang kami. Saya berdiri di samping Nabi saw bersembahyang besertanya.”[HR Ahmad dan An-Nasa’I]

Oleh krn itu, disimpulkan makmum perempuan itu berada di belakang imam. Tidak disyaratkan kiri atau kanan. WA.

:wassalam

RUJUKAN

Al-Mufashal
Dr Abd. Karim Zaidan

Koleksi Hadis2 Hukum
TM Hasbi

Fiqh Islami
Dr Wahbah al-Zuhaily

Re: SJ - 3188 : [G] Saf Makmum Muslimah

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. JKK Ustaz Gayat. Kemungkinan persoalan ini merujukan kepada lelaki yg bersolat bersama Mahramnya (bukan Muhrimnya)seperti isteri, ibu, anak dsb, kerana istilah "Muhrim" ini merujuk kepada orang sedang didalam Ihram Haji/Umrah. Wanita yang bersolat dibelakang Imam, samada imam itu mahramnya atau tidak, kedudukannya tetap sama dengan wanita-wanita yang lain didalam saf solat.

Kedudukan isteri atau wanita yang bersolat dengan mahramnya hendaklah bersolat dibelakangnya. Didalam sebuah hadith (yg dipetik oleh ustaz Gayat) menceritakan Anas dan seorang anak yatim bersolat bersama Nabi, baginda menyuruh Umm Sulaym, ibu kepada Anas bersolat dibelakang mereka berdua. Didalam sebuah riwayat lain dari Anas Ibn Maalik :-

[="#800000" size="3"]Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Õóáøóì Èöåö æóÈöÃõãøöåö Ãóæú ÎóÇáóÊöåö ÞóÇáó ÝóÃóÞóÇãóäöí Úóäú íóãöíäöåö æóÃóÞóÇãó ÇáúãóÑúÃóÉó ÎóáúÝóäóÇ
"Bahawa Nabi saw memimpin Solat bersama beliau dengan ibunya atau Makciknya, beliau (Anas) berkata: Dia memerintahkan aku bersolat disebelah kanannya dan menjadikan wanita tersebut dibelakang kami" - [Hadith riwayat Muslim #1056].

Berkata Al-Kaasaani :

[="#0000ff" size="3"]ÅÐÇ ßÇä ãÚ ÇáÅãÇã ÇãÑÃÉ ÃÞÇãåÇ ÎáÝå
"Jika terdapat wanita bersolat bersama Imam, dia menjadikan wanita itu berdiri dibelakangnya"

Ibn Rush Al-Hafiz berkata :

[="#0000ff" size="3"]æáÇ ÎáÇÝ Ýí Ãä ÇáãÑÃÉ ÇáæÇÍÏÉ ÊÕáí ÎáÝ ÇáÅãÇã æÃäåÇ ÅÐÇ ßÇäÊ ãÚ ÇáÑÌá Õáì ÇáÑÌá Åáì ÌÇäÈ ÇáÅãÇã æÇáãÑÃÉ ÎáÝå
"Tidak ada khilaf (perselisihan) mengenai wanita yg bersolat seorang diri dibelakang Imam dan jika terdapat lelaki, maka lelaki tersebut bersolat disebelah Imam dan wanita tersebut dibelakangnya" - [Al-Munif, Ahkaam al-Imaamah wa’l-I’timaam, ms -391-320]

Berkata seorang ulama' Al-Azhar Al-Syarif , Sheikh Khaalid Al-Jundi didalam satu Soal-Jawab (kelolaan Al-Haatif Al-Islami) mengenai kaifiat solat berjemaah suami isteri, jawab beliau :

[="#0000ff" size="3"]áÇ ãÇäÚ ãä Ãä íÕáí ÇáÑÌá ÈÒæÌÊå Úáì Ãä ÊÞÝ æÑÇÁå áÇ ÈÌæÇÑå¡ åÐÇ íäØÈÞ Úáì ÕáÇÉ ÇáÑÌá ÈÇáãÑÃÉ ÓæÇÁ ÃßÇäÊ ÒæÌÊå Ãæ Ããå Ãæ ÇÈäÊå. æÅä ßÇä ÇáÒæÌ ãÚå ÇÈäå æÒæÌÊå ÝÇáÒæÌ íßæä ÇÈäå Úä íãíäå æÊßæä ÇáÒæÌÉ ÎáÝå.
"Tidak ada tegahan bagi seorang lelaki yg bersolat dengan isteri dan hendklah berdiri dibelakang dan bukan disebelahnya, ini diaplikasikan kepada solat lelaki dengan wanita [lain] sama sahaja dengan isterinya, atau anak perempuannya. Jika suami itu bersama anak lelakinya dan isterinya, maka suaminya menjadikan anak lelakinya sebelah kanan dan isterinya dibelakang" - [Fasaluu Ahl Al-Zikr, ms 109].

Kesimpulannya, wanita samada mahram atau tidak (ajnabi), kedudukannya didalam solat adalah sama sahaja dengan wanita yang lain, iaitu berada dibelakang saf lelaki. Wallahu'alam.

wassalam
========
Rujukan :

1. Sheikh Khaalid Al-Jundi. Fasaluu Ahl Al-Zikr. Beirut : Dar Al-Ma'rifah, 2003

خيرالأمين