SU-00147: Suicide Bombing

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00147: Suicide Bombing

:salam

Mengenai subjek di atas, saya ingin mengetahui tentang Suicide Bombing dari sudut pandangan feqah Islamiah.

Setahu saya, suicide bombing adalah disamakan dengan membunuh diri. :mad:. Di mana, dalam konteks ini, Islam memang memandang perbuatan ini adalah haram.

Namun begitu, dalam keadaan tertentu, seperti apa yang selalu berlaku di Palestin, pada pandangan saya, adalah harus kerana tujuan mereka adalah untuk mempertahankan negara mereka daripada dirampas oleh pihak Yahudi.

Kecuali, suicide bombing ini, jika dilakukan di Malaysia yang secara 'tersuratnya', aman, termaktub pula di bawah hukum yang haram.

Adakah pendapat ini benar?

Rujuk Quran: An-Nisa Ayat 74:
Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.

Rujuk Quran: An-Nisa Ayat 84:
Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh); engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah Amatlah besar kekuatanNya dan Amatlah berat azab seksaNya.

Rujuk Quran: An-Nisa Ayat 89:

Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya; dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong.
-------------
Wallahu a'lam.

:confused: Sebenarnya, banyak pertikaian tentang perkara ini dan ada di antaranya membuat andaian yang Umat Islam suka memberontak dsbnya yang mana saya rasa tuan moderator sendiri pun tahu.

Harap tolong dijelaskan.

:wassalam

Re: SU-00147: Suicide Bombing

:salam

Soalan Ulangan. Sila ke URL berikut utk jawapan yg sgt baik dari al-Fadhil Ust Pendekar. WA.

SJ – 2300 : HUKUM AKSI BOM BERANI MATI ( SUICIDE BOMBERS )

Lihat juga: SJ-1347: Mogok lapar dan 'Suicide bomber' 2

:wassalam

--------