SU-00364 : Solat atas kenderaan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00364 : Solat atas kenderaan

Asalammualaikum...salam keceriaan buat akhi2 di al-ahkam...saya ada sikit kemuyskilan...kalau contohnya kita dalam flight dalam jangka masa yang lama...boleh tak kalau kita tunaikan solat dekat tempat duduk tu aje...dan saya penah dengar tentang solat meraikan waktu...contohnya kita solat dekat dalam flight semata2 utk meraikan waktu...lepas tu kena qadha balik solat2 dalam flight tu...ada ke solat meraikan waktu tu...tolong ye...terima kasih banyak2... ::wink: ...

Re: Solat atas kenderaan

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr izan, Insyaallah.

Soalan seperti ini memang banyak dah kami terima didalam al-ahkam. Anda boleh browse atau search SoalJawab dan juga Arkib al-ahkam.

Secara ringkasnya, Solat adalah wajib bagi seseorang Islam tidak kira didalam keadaan apa ia keadaan pun. Solat tetap wajib pada masa seseorang itu sakit, semasa peperangan, dsb, begitu juga didalam keadaan bermusafir didalam kapal terbang yang jauh perjalanannya. Situasi dan keadaan boleh menentukan samada ada kita boleh bersolat berdiri, duduk atau berbaring.

Begitu juga dengan solat yang dilakukan didalam keadaan keadaan dan situasi yang agak dhaif masih dianggap solat. Nabi :saw tidak pernah mengqadha' balik solat2nya yang dilakukan didalam peperangan, permusafiran dsb. Solat2 didalam keadaan ini sah. Tidak perlu diqadha' jika dilakukan dengan syarat2nya.

Untuk mendetailkan lagi perbincangan, sila rujuk pada URL dibawah ini :-

Solat jamak & qasar dlm keadaan duduk...
http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=28314

Sekian, wassalam

خيرالأمين