Oh Macam Tak Percaya!! Konsert Amal Untuk Lahad Datu dan Palestin

Poster konsert amal untuk Lahad Datu dan Palestine tersebar di facebook. Ramai yang menyatakan kemarahannya. Hanya dengan dengan melihat posternya sahaja. Betul-betul marah. Ramai yang tak berpuas hati. Kenapa?

Petikan dari KOSMO:

RAMAI yang sedih dan terkejut mendengar cerita dan melihat gambar-gambar anggota pasukan keselamatan yang terkorban di Lahad Datu, Sabah. Paling menyayat hati apabila mengenangkan nasib isteri yang menjadi balu dan anak-anak yang menjadi anak yatim dalam sekelip mata.

Atas dasar prihatin, pihak Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dengan kerjasama Aman Palestin Berhad dan Cahaya Idaman Enterprise akan mengadakan Majlis Pelancaran Tabung Amal Lahad Datu dan Tabung Amal Palestin serta Konsert Amal Artis pada 16 Mac ini.

Menurut Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, tujuan utama pelancaran tabung dan konsert amal itu diadakan adalah untuk membantu mangsa-mangsa di Lahad Datu dan Palestin.

“Diharap dengan penganjuran ini (tabung dan konsert) ia dapat mengumpul dana sekali gus menghulur bantuan kepada mangsa-mangsa di Lahad Datu dan Palestin,” ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar Tabung Amal Lahad Datu dan Palestin serta Konsert Amal Artis di Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Kuala Lumpur.

Jelasnya, majlis perasmian akan diadakan pada pukul 11.30 pagi manakala Konsert Amal Artis yang bertemakan Berhibur Sambil Beramal pula akan bermula pada pukul 2 hingga 6 petang bertempat di Stadium Badminton, Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Antara artis yang terlibat ialah Tomok, Mawi, Ayu Damit, Elly dari kumpulan AXL, Isma (AF), Shiha (Mentor), Wanie, Band pengiring Rosewell dan penampilan istimewa model dan pelakon Cha Cha Maembong.

Orang ramai boleh membeli tiket Konsert Amal Artis ini di pejabat Yayasan Pendidikan Cheras, Pusat Rekreasi Cheras, Kuala Lumpur, atau hubungi talian 03-9284 3603/03 9287 7371. Orang ramai juga boleh membeli tiket konsert secara terus melalui Rosmawati di talian 017 660 0203 atau Fadzlee di talian 017 3168819.

Tiket untuk orang dewasa dijual pada harga RM15 manakala tiket untuk pelajar pula berharga RM10. Orang ramai yang membeli tiket juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik melalui cabutan nombor bertuah.

Sementara itu, penyanyi Ayu Damit, mengakui berasa risau dan takut akan keselamatan keluarganya di Sabah apabila mendengar berita mengenai pencerobohan dan kematian di Lahad Datu.

“Walaupun tempat tinggal keluarga Ayu di Kota Kinabalu dan ia agak jauh dari Lahad Datu, tetapi Ayu tetap risau dan takut akan keselamatan keluarga di sana,” ungkapnya yang tinggal di Kuala Lumpur bersama dengan salah seorang adiknya.

Ujar anak sulung daripada lima beradik itu, dia berharap agar keluarganya dan penduduk di Sabah selamat serta berdoa agar pihak penceroboh berundur.

Ayu juga melahirkan rasa prihatin dan sedih mendengar dan membaca berita kematian anggota-anggota keselamatan di Lahad Datu.

[[{"type":"media","view_mode":"media_original","fid":"470","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"457","typeof":"foaf:Image","width":"600"}}]]

Poster yang tersebar di FB:

[[{"type":"media","view_mode":"media_original","fid":"469","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"960","typeof":"foaf:Image","width":"639"}}]]

Kategori Berita: