Pemandangan Yang Mengesankan: Bapa Dukung Anak Kecil Ketika Solat

Primary tabs

Oleh zain-ys

Gambar yang mengharukan dan mengesankan. Gambar seorang ayah mendukung bayinya ketika solat Maghrib. Menurut laporan mz-mz.net (14 Mac 2013), ia berlaku semasa pameran kitab antarabangsa di Riyadh, Arab Saudi.

Lensa jurukamera memfokuskan bagaimana sang bapa mendukung bayinya ketika qiyam (berdiri) dan rukuk. Ketika sujud, si comel ini diletakkan di hadapannya. Ketika duduk, si comel ini diletakkan di pangkuannya.

Ah! Memang pemandangan yang paling indah! Ditambah dengan gelagat si comel ini yang tersenyum gembira sambil menoleh ke kanan dan ke kiri melihat-lihat mereka yang bersembahyang di sebelah ayahnya.  [Sumber: mz-mz.net]  

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan