Prof Madya Dr Wajdi Dusuki Dilantik Yang Dipertua Yadim Baharu

Laporan Bernama:

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Ketua Hubungan Kajian, Akademi Kajian Syariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam (ISRA) Prof Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) yang baharu.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini Selasa berkata pelantikan itu yang telah mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa semalam.

Kategori Berita: