[Video] Isu Syria: Penuh Semangat Khutbah Di Masjid Amru Mesir Mengumandangkan Seruan Jihad

خطبة الجمعة من مسجد عمرو بن العاص - الدكتور محمد العريفي

Suasana hiba itu kemudian bertukar menjadi lonjakan semangat apabila Syeikh Arifi membacakan resolusi ulamak ummah kelmarin yang menyeru jihad di Syria. Ketika itu, berderau darah apabila seluruh yang hadir bangkit melaungkan takbir.

Tulisan berikut ini dipetik dari FB Ustaz Malik:

LEDAKAN "HARI SYRIA"
Mereka yang turun di Kuala Lumpur selepas solat Jumaat tadi yang berarak ke Kedutaan Syria satu jumlah amat dibanggakan sebagai momentum kesedaran umat Islam di Malaysia tentang isu Syria bahawa rejim Basyarlah puncanya..dibantu habis-habisan oleh rejim Hizbusyaitan dan Iran.

Begitu juga lokasi di Masjid Amru bin Al-As di Mesir.Dianggarkan lebih 10,000 mereka yang hadir sejak dari awal pagi. Saya yang tiba sekitar jam 10.30 pagi sudah tidak dapat memasuki kawasan hadapan yang telah diduduki oleh mereka yang datang lebih awal. Khutbah yang disiarkan 'live" melalui televisyen dan radio Mesir disampaikan oleh ulamak Saudi, Syeikh Muhammad 'Arifi ternyata meruntun jiwa mereka yang berada dalam masjid. Saya sempat menoleh ke kiri dan ke kanan rata-rata mereka yang hadir berlinangan air mata apabila dibacakan kisah penderitaan saudara seagama mereka di Syria. Suasana hiba itu kemudian bertukar menjadi lonjakan semangat apabila Syeikh Arifi membacakan resolusi ulamak ummah kelmarin yang menyeru jihad di Syria. Ketika itu, berderau darah apabila seluruh yang hadir bangkit melaungkan takbir.

Masjid Amru adalah lokasi yang sesuai dipilih oleh panganjur berbanding Masjid Al-Azhar atau masjid-masjid lain memandangkan ia mampu menampung jumlah yang lebih ramai. Masjid Amru sedia maklum merupakan masjid tertua dan pertama dibina di Benua Afrika oleh Amru bin Al-As sebagai gabenor yang dilantik oleh Khalifah Umar bin Al-Khattab r.anhu. Masjid Amru juga pernah mencatatkan sejarah limpahan umat Islam yang hadir di era 90-an bagi mendengar khutbah yang disampaikan oleh Al-Marhum Syeikh Mohammad Ghazali, seorang ulamak Al-Azhar dari Ikhwan Muslimin. Sebelumnya beliau dikatakan berkhutbah di Masjid Al-Azhar tetapi kerana semakin ramai mereka yang hadir terpaksa dipindahkan ke Masjid Amru. Beliau berjaya memukau hadirin dengan seni bahasanya yang tersendiri yang menggerunkan pemerintah pada waktu itu. Lama sudah Masjid Amru menyepi dan kini kegemilangannya muncul kembali. Sudah dua kali Syeikh Arifi, seorang ulamak Saudi berkhutbah di masjid mulia itu.

Berjalan keluar dari masjid,langkah terhenti apabila disapa oleh pemuda-pemuda Ikhwan Muslimin. Mengenali mereka cukup mudah,teramat murah dengan senyuman dan penuh tawadhuk meminta kami mendoakan buat mereka. Juga tertarik dengan para penyokong Syeikh Hazim Abu Ismail dari Parti Rayah. Walaupun mereka tidak menyertai Ikhwan Muslimin atau parti-parti Islam/Salafi lain di Mesir tetapi pendirian mereka jelas, mempertahankan Presiden Mursi sebagai Presiden yang sah. Merekalah 'peluru berpandu jarak jauh' yang berani berdepan dengan kebiadapan kumpulan sekular/liberal Mesir.

Teman-teman bertanya, banyaknya parti salafi/Islam di Mesir? Ya, Parti Rayah ini salah satunya. Mereka dari kumpulan penyokong Syeikh Hazim Abu Ismail yang hampir bertanding dalam Pilihanraya Presiden tahun lepas tetapi nasibnya sama dengan Khairat Shatir calon Ikhwan yang ditolak pencalonan. Selain "Rayah", terdapat lagi parti "Waton", Bina wa Tanmiyah, Asolah dan Fadhilah yang merupakan serpihan kepada Parti Nur. 

 

 

Kategori Berita: