Latest Posts »
Latest Comments »
Popular Posts »

Terimakasih kerana peduli

Written by admin on November 17, 2008 – 10:51 pm

Jutaan terimakasih kepada rakan2 yang peduli terhadap kesihatan diri saya. Maaf kerana tak dapat menjawab panggilan telefon dan membalas SMS.

Alhamdulillah, saya nampaknya semakin sihat. Namun, saya perlu berehat lagi. Dan masih tak dapat menjawab panggilan telefon dan SMS utk beberapa ketika.


Posted in Peduli | 31 Comments »

Terimakasih kerana masih mengunjungi al-ahkam.net

Written by admin on November 9, 2008 – 10:46 pm

Hanya ucapan terimakasih yang mampu kami berikan kepada para pengunjung al-ahkam.net, terutama kepada para penyumbang artikel, pemetik berita dsbnya.

Terimakasih juga kerana masih setia dengan al-ahkam.net tanpa berbelah bagi. Mutakhir ini, selepas pelbagai ujian yang kita tempohi, kunjungan al-ahkam.net terutama pada waktu malam agak meningkat.

Janji kami, insyaallah.. al-ahkam.net akan terus dibawa kembali ke akarnya semula yang penuh dengan kesederhanaan, kematangan dan kasih sayang.

2009, kami akan menyempurnakan perjalanan kembali ke akar..

AKAR KITA!


Posted in Pemikiran | 27 Comments »

04 Nov 08: Line Internet Bermasalah

Written by admin on November 4, 2008 – 11:39 pm

Hari ini, sepanjang hari hingga pukul 10.30 malam line internet/telefon rumah di kawasan Penanti bermasalah. Tidak ada line langsung. Tokey kafe siber call saya, bertanya adakah line di rumah saya bermasalah. Katanya, dia ada buat aduan. TM kata penyelenggaraan sedang dijalankan.

Entah! Yang pastinya, banyak kerja-kerja saya tergendala. Antaranya, TV-Tajdid tak dapat disiarkan.


Posted in Aktiviti | 3 Comments »

Sembang2 Bersama Maulana Mohd Asri

Written by admin on October 19, 2008 – 9:26 pm

Akan disiarkan rakamannya sedikit masa lagi, insyaallah.


Posted in Aktiviti | 17 Comments »

Ke Kelantan

Written by admin on October 17, 2008 – 8:56 am

Saya akan ke Kelantan hari ini. Jumpa lagi hari Isnin atau Selasa ini..


Posted in Aktiviti | 5 Comments »

Aku Sudah Kembali Beraksi!

Written by admin on October 9, 2008 – 4:19 pm


Posted in Aktiviti | 9 Comments »

Kita jumpa lagi lepas raya…

Written by admin on September 28, 2008 – 11:49 pm

Semoga Allah memanjang usia kita untuk bertemu lagi selepas hariraya. Insyaallah!


Posted in Aktiviti | 10 Comments »

Ha ha ha.. Teh Hijau

Written by admin on September 25, 2008 – 10:50 pm

Khasiat Kesihatan Green Tea / Teh Hijau

Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:

1. Membantu mengawal tekanan darah tinggi
* Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.

2. Membantu mengawal paras gula darah
* Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.

3. Membantu dalam sesetengah penyakit barah
* Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.

4. Menguatkan sistem imun
* Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.

5. Menurunkan aras kolesterol
* Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

6. Menggalakkan pembakaran lemah
* Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2).
Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadamam.

Sumber: http://greenteacolostrum.com/khasiat-teh-hijau.html


Posted in Aktiviti | 16 Comments »

Sori aaa.. Test video sekali lagi

Written by admin on September 23, 2008 – 6:27 am

Jangan maraaaa..!

Patutlah kita lambat untuk maju. Dihari raya sepatutnya kita menjadi umat yang bingkas bangkit menyahut seruan agama dalam segenap sudut. Bukanlah hari untuk kita mengenang itu dan ini yang melayukan semangat melayu kemelayu-layuan yang ada.

Idul Fitri adalah hari kemenangan. Bukan hari bersedih, berduka lara dan bersyahdu syahdan.
Bila ia adalah hari kemenangan, sepatutnya kita adalah umat yang bersemangat. gagah. Tangkas. Mendidih jiwanya untuk maju ke hadapan.

Malang! Hari yang begitu penting. Hari yang sepatutnya kita berjiwa cergas, tetapi kita didendangkan dengan irama meleret-leret dan meratap itu dan ini.

Bangkitlah wahai pemuda Islam! Idul Fitri adalah titik mulanya semangat itu!!

Sekian tazkirah dari ku..

Allahu Akbar!


Posted in Aktiviti | 9 Comments »

Test video

Written by admin on September 22, 2008 – 10:26 pm

Sorry aaa.. Test!!


Posted in Aktiviti | No Comments »