1. Telah berkata Syeikh al-imam yang alim lagi tersangat alim matahari agama Abu Abdillah Muhammad bin Qasim al-Syafi’I, semoga Allah melimpahkannya dengan rahmatNya dan keredhaanNya Aamiin!
  2. Segala puji itu milik Allah Ku ucapkan pujian ini / alhamdulillah (الحمد لله) kerana mengharapkan keberkatan dengan apa yang telah Allah mulai sebagai pembuka al-Kitab (al-Quran) Kerana alhamdulilah merupakan permulaan setiap urusan penting, penutup setiap doa dikabulkan, kesudahan.
  3. Saya memujiNya kerana memberi pertolongan orang-orang yang dikehendaki dari kalangan hamba-hambanya yang berusaha bersungguh memahami di dalam agamanya sesuai dengan kehendakNya.
  4. Saya mengucap selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhlukNya, iaitu Muhammad, penghulu para rasul yang pernah bersabda: Barangsiapa yang Allah mengkehendakinya kebaikan yang sempurna, nescaya Dia akan menjadikannya faham di dalam agama. Dan ke atas kaum keluarganya dan para sahabatnya selama masih ingat orang-orang yang ingat dan lalai orang-orang yang lalai.

By Zainudin Bin Yusro

Tenaga pengajar Pondok Penanti, Bukit Mertajam Pulau Pinang. Belajar agama di pondok Dato Kiyai Shamsuddin bin Haji Redzuan di Gersik, Muar Johor. Kemudian di Pondok Penanti, Bukit Mertajam yang diasaskan Sheikh Osman Jalaluddin,