SJ-1736: Saidina

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-1736: Saidina

Assamualaikum,
Lafaz saidina di dalam selawat Nabi Muhammad & Nabi Ibrahim, apakah wajar disebut atau ditinggalkan sahaja?
Wassalam.

Re: SJ-1736: Saidina


Status masalah: Khilaf Fiqhi yg tidak ada keputusan yg muktamad.
Pendapat semasa dan paling rajih: Dr Syurbasi dalam koleksi fatwanya Yas-aluunak, berpendapat, jika dalam melaksanakan ibadah, wajar ditinggalkan kerana atas dasar ta'at; yakni kita menerima ibadah dan sebutannya secara makthur (diterima dari Nabi) dan kita lakukan begitu tanpa penambahan. Maka bacaan asal dalam azan, iqamat, tahiyyat (tasyahud) itu dikekalkan tanpa tambahan Sayyidina. Ini kerana kita ta'at menerima dan melaksanakan apa yg dibawa oleh Junjungan kita.
Jika diluar ibadah, tidak salah menyebut sayyid atas dasar adab dan sopan-santun. Pendapat ini adalah jalan tengah kepada fuqaha' yg terlalu tegas atau keras mencegahnya dan fuqaha' yg terlalu kompromi. (Yas-aluunak) Allahu a'alam