Al-Syamail al-Muhammadiyah Melayu (LENGKAP)

Displaying 1 - 15 of 57
1- Al-Syama'il: Bab 01. Rupa Fizikal Rasulullah s.a.w. (15 Hadis)

Anas bin Malik berkata: “Rasulullah s.a.w. bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus....

Total views: 868
2- Al-Syama'il: Bab 02. Khatam Nubuwah (8 Hadis)

Saib bin Yazid berkata: Makcikku mengajak aku bertemu dengan Rasulullah. Kemudian, makcikku berkata, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya anak saudaraku (iaitu as-Sa’ib bin Yazid) sedang sakit.” Rasulullah mengusap kepalaku lalu mendoakan keberkatan untukku. Sesudah itu, Baginda s.a.w. mengambil wuduk, dan aku meminum air bekas wuduknya lalu berdiri di belakang badan Baginda s.a.w.

Total views: 504
3- Al-Syama'il: Bab 03. Rambut Rasulullah s.a.w. (8 Hadis)

Anas bin Malik berkata: Rambut Rasulullah mencecah sehingga bahagian tengah kedua-dua telinganya.

Total views: 610
4- Al-Syama'il: Bab 04. Rasulullah mendandan rambut (5 Hadis)

Aisyah berkata: Aku pernah menyisir rambut Rasulullah semasa aku sedang haid

Total views: 294
5- Al-Syama'il: Bab 05. Uban Rasulullah s.a.w. (8 Hadis)

Qatadah bertanya kepada Anas bin Malik: Pernahkah Rasulullah mewarnakan rambutnya? Anas bin Malik menjawab, “Baginda tidak pernah melakukannya. Walaupun sudah ada beberapa helai uban di kedua-dua pelipisnya. Namun begitu, Abu Bakar pernah mewarnakan rambutnya dengan inai dan al-katam.

Total views: 431
6- Al-Syama'il: Bab 06. Rasulullah s.a.w. mewarna (rambut dan janggutnya) (4 Hadis)

Abu Rimtsah berkata: Aku pergi menemui Rasulullah bersama seorang anakku. Rasulullah bertanya, “Adakah ini anakmu?” Aku menjawab, “Ya, dia benar-benar anakku.”

Total views: 256
7- Al-Syama'il: Bab 07. Celak Mata Rasulullah (5 Hadis)

Ibnu Abbas meriwayatkan, Rasulullah berkata: “Bercelaklah kalian dengan batu celak al-itsmid, kerana ia dapat mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata.”

Total views: 443
8- Al-Syama'il: Bab 08. Pakaian Rasulullah s.a.w. (17 Hadis)

Ummu Salamah berkata: Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah adalah gamis.

Total views: 649
9- Al-Syama'il: Bab 09. Kehidupan Rasulullah s.a.w. (2 Hadis)

Muhammad bin Sirin berkata: Kami bersama Abu Hurairah yang memakai dua lapis pakaian yang diperbuat daripada kain linen yang dicelup dengan tanah liat merah. Abu Hurairah membuang hingusnya pada satu daripada dua lapis pakaiannya itu....

Total views: 288
10- Al-Syama'il: Bab 10. Khuf (sarung kaki kulit) Rasulullah s.a.w. (2 Hadis)

Buraidah berkata: Raja an-Najasyi menghadiahkan sepasang khuf berwarna hitam pekat kepada Rasulullah. Rasulullah memakai kasut itu. Kemudian, Baginda berwuduk dan hanya menyapu air pada kasut itu.

Total views: 334
11- Al-Syama'il: Bab 11. Capal Rasulullah s.a.w. (12 Hadis)

Qatadah pernah bertanya kepada Anas bin Malik: Bagaimanakah bentuk sandal Rasulullah? Anas bin Malik menjawab: Sepasang sandal Baginda mempunyai tali qibal.

Total views: 1,077
12- Al-Syama'il: Bab 12. Cincin Rasulullah (8 Hadis)

Anas bin Malik berkata: Cincin Rasulullah diperbuat daripada perak dan batunya adalah batu hitam Habsyi.

Total views: 490
13- Al-Syama'il: Bab 13. Cara Rasulullah Memakai Cincin (10 Hadis)

Ali bin Abi Thalib meriwayatkan: Rasulullah pernah memakai cincin di jari tangan kanan Baginda

Total views: 419
14- Al-Syama'il: Bab 14. Pedang Rasulullah (5 Hadis)

Anas bin Malik berkata: Hulu pedang Rasulullah diperbuat daripada perak.| Said bin Abul Hasan al-Bashri berkata: Hulu pedang Rasulullah diperbuat daripada perak.

Total views: 378
15- Al-Syama'il: Bab 15. Baju Besi Rasulullah (2 Hadis)

Zubair bin Awwam berkata: Semasa Perang Uhud, Rasulullah memakai dua baju besi. Baginda mahu memanjat sebuah batu besar, namun tidak mampu melakukannya. Lalu, Baginda mendudukkan Thalhah dan memijak belakangnya. Dengan itu, Baginda berjaya memanjat batu besar itu. Kemudian, aku mendengar Rasulullah berkata, “Thalhah mesti masuk syurga!

Total views: 443