SJ-04-0121 : haidh atau tidak?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0121 : haidh atau tidak?

assalamualaikum, saya nak bertanya,

sy menghadapi masalah haid yang tidak tetap, berubah2 kerana faktor perubahan cuaca dinegara orang.
baru2 ini, sy mengalami cecair berwarna coklat cair, kerana saya sendiri sudah hmpir dua minggu terlambat datang bulan maka saya mengira cecair itu adalah permulaan haid saya, sebelum ini pun sy 2kali mengalami haid yang dimulai dengan cairan warna coklat yang kemudiannya disusuli darah haid biasa.

namun begitu, cecair ini tidak datang pada esok harinya, kecuali sekali lagi pada waktu malam..dan keesokan harinya lagi tidak daang langsung, malah saya seolah mendapat keputihan pula (cecair jernih,tidak berbau). ini membuatkan saya musykil dengan status cecair yang saya kira sbg haid..saya tnggu hampir satu hari (sampai isyak) sbb selalunya cecair coklat tu keluar mlm2 sket..tapi xada juga.saya sangsi lalu mandi wajib dan qada' solat saya y saya tinggal sejak zohor(waktu sy menunggu keluarnya semula cecair coklat tu)

soalan saya, bagaimana sy nk pastikan cecair itu dikira haid, ataupun tidak.bolehkah keputihan hadir disaat haid, oleh kerana haid saya tidak menentu..dh jadi kelaziman utk haid saya tberhenti sehari dua dan kemudian datang semula..dalam keadaan sekarang haruskah saya mandi wajib dan yakin bhw sy sudah bersih?

perlukah saya ganti @qada solat yang saya tinggal sewaktu menunggu cecair coklat tu keluar(yang malangnya xkeluar2 smpi sehari)

mohon jawapan bernas dari panelis. jazakumullah kheir

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: haidh atau tidak?

wa’alaikumussalam

Ulama’ mengatakan bahawa jika keluar darah yang pekat dan diikuti dengan sakit, maka tidak syak lagi ia adalah haidh. Warna coklat atau tompok merah sebelum haidh adalah tertakluk kepada pertimbangan dibawah ini :-

a.Jika keluarnya warna coklat atau tompok merah tadi diikuti dengan keluarnya darah, maka ia adalah sebahagian dari haidh.

b. Jika ia keluar berasingan dari keluarnya darah, maka ia bukan haidh.

Didalam situasi yang lain, misalnya, jika seseorang itu keluar bintik-bintik coklat atau discharge darah selepas haidh, maka ia dianggap sebahagian dari haidh. Jika ia datang sebelum haidh, dan tidak diikuti keluarnya haidh (seperti contoh yang anda bawa), maka ia tidak dianggap haidh. Maka seseorang itu hendaklah bersolat dan boleh melakukan puasa.

Didalam sebuah riwayat yang sahih sanadnya, dari Ummu al-Atiyah ra. Berkata :

كُنَّا لا نَعُدُّ الْكُدْرَةَ وَالصُّفْرَةَ بَعْدَ الطُّهْرِ شَيْئًا
“Kita tidak menganggap discharge coklat atau kuning yang datang selepas wanita itu suci sebagai sesuatu” [Riwayat Abu Daud]

Maksud “selepas wanita itu suci” ialah wanita tersebut pada ketika itu belum datang haidh, dan maksud “sebagai sesuatu” ialah discharge tersebut tidak menghalangnya dari kelakukan solat, puasa, tawaf, dsb.

Sekian, wassalam

خيرالأمين