assalamualaikum...wbt..
saya ade mendengar tentang tidak wujudnye perbuatan membaca yasin secara berkumpulan yg sering kita lihat di kebanyakan di negara kita...(bid'ah..betulkan sy jike salah)atau dgn istilah majlis yasinan..atau kenduri yasin..selalu berlaku di kg saya...so satu ari jiran sy tlh mnjemput utk ke majlis yasin tersebut(kami sekeluarga)tp...saya tidak menghadirkan diri lantaran saya tidak mahu bersama dlm perkara bid'ah...tp akhirnya sikap sy ni mendapat kemarahan dr ibu sy...kerana katanya sesekali balik kg ..kene la campur masyarakat...sy tk tau nak buat macammane...perlukah saya mengikuti atau mendiamkan diri wallahualam..
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ - 2971: [G] Bacaan Yasin..beramai-ramai
Primary tabs
Thu, 25/09/2003 - 12:17am
#1
SJ - 2971: [G] Bacaan Yasin..beramai-ramai
:salam
saudara ahsnaw buleh merujuk kepada url di bwh ini:
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=0&Board=UBB8&Number=11750&page=54&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=0&Board=UBB8&Number=16902&page=14&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1
JKK
:wassalam
:salam
terima kasih Desaputra krn menurunkan URL di atas. Maka dari URL itu dapatlah kita mengetahui bhw bacaan yaasin secara jemaah sebagai amalan tetap apatah lagi meyakini kelebihannya termasuk dalam bid'ah idhafiah.
Terlebih dahulu inginkan saya petik fatawa al-Lajnah al-Daimah berkisar pembacaan al-quran secara kumpulan. Menurut fatwa tersebut, sekiranya pembacaan al-quran itu dilakukan secara kumpulan yang mana dibaca dgn serentak adalah dilarang syaria'h dan paling ringan sekalipun hukumnya jatuh kpd makruh.
Hukum mentaati ibu pada umumnya adalah wajib. Walaupun begitu ketaatannya terbatas selagi tidak melanggar syara'.
Berbalik kpd kekeliruan sdr. Kita cuba selesaikan satu persatu masalah ini. Pertama sekali sdr harus menerangkan dgn penuh hikmah kpd ibu sdr. Sekiranya bertegas maka adakah perlu kita taat kpd permintaan ibu tersebut krn nyata amalan yaasin tersebut adalah bid'ah seperti yg dinyatakan di atas. Ttp perlukah kita mengengkari permintaan ibu tersebut sehinggakan ibu kita marah/kecil hati.
MAka saya berpendapat kita kembali kpd kaedah fiqh iaitu 'Apabila bertentangan 2 mafsadat, maka perhatikan mana yang lebih besar mudaratnya dgn dikerjakan yg lebih kecil kemudharatannya.'
Di dalam kes di atas, membuat ibu kita sedih atau seumpamanya adalah kemudharatan yg lebih besar. Apatah lagi terdapat juga kebaikan bacaan yaasin itu seperti mengeratkan lagi silaturrahim antara jemaah. Namun demikian, tidaklah kerana kebaikan yg terkandung di dalam sesuatu majlis itu, dihalalkan terus amalan itu. Oleh yg demikian, pergilah sekadar kebaikan hubungan ibu dan anak. Seperti yg dikatakan ibu sdr sendiri iaitu "sesekali balik kampung" menunjukkan bukanlah selalu/amalan tetap.
Sekian. WA.
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
assalamualaikum..wbt
terima kasih atas pandangan tu...
:wassalam
Tahqeeqan:
Baik sekali jawapan Ust kami, JKK Ust G.
Sebelum kita ingin membasmi bid'ah dalam masyarakat, kita hendaklah mendalami ilmu dakwah dan usyul dakwah. Kita juga hendaklah mendalami akar (roots) bid'ah yg dikenali dgn bid'ah Hakikiah (pure religous innovations) dan bid'ah idhafiah (minor innovations).
Majlis membaca Yasin itu dinamakan bid'ah yg kecil dan ia tidak tercela. Yang kita kena perangi dalam kampung kita ialah pendedahan aurat anak2 gadis, perdukunan yg ada unsur syirik, amalan menunggu kubur, dan seumpamanya.
Jika kita memerangi dan meletakkan bid'ah dan mungkar pada satu level sahaja, maka rusaklah urusan dakwah itu dan anda akan dilabel wahabi dan kaum muda.
Jika anda tidak ada autoriti dan kekuatan utk mencegah mungkar dan bid'ah, maka anda hendaklah menguasai kekuatan dahulu (maksudnya kredibiliti, ilmu dan tahu selok belok usyul dakwah umum dan dakwah fardiah (individu).
Memerangi mungkar dan dakwah, hendaklah didahulukan hikmah dan pelajaran yg baik. Sesungguhnya orang tua kita menganut ajaran Islam tradisi dan mereka termasuk kategori orang awam yg muqallid. WA