SU-00203: (Solat Sunat Terawikh) Perlukah mufarroqah sekiran

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00203: (Solat Sunat Terawikh) Perlukah mufarroqah sekiran

:salam

Perlukah kita berniat mufarroqah di dalam solat sunat berjamaah seperti solat sunat terawikh sekiranya bacaan Fatihah Imam tidak betul.

Minta penjelasan dari ustaz2 ahli panel sekalian.

JZK

Re: (Solat Sunat Terawikh) Perlukah mufarroqah sekiranya bac

:salam

Fatihah merupakan salah satu rukun solat. Adapun mengenai membaca fatihah ketika solat jamaah, terdapat khilaf mengenainya.

Fiqh syafi'i mengatakan makmum wajib membaca fatihah. Dan inilah pegangan majoriti penduduk m'sia. Oleh kerana makmum akan tetap mmbaa fatihah, solat makum tetap sah dan tidak perlu berniat mufarraqah.

Sepatutnya makmum menegur bacaan imam yg tersilap. Jika imam masih berdegil utk tidak membetulkannya, teruskan saja bersolat. Inilah pendpt fuqaha' syafi'i yg dinukilkan oleh Al-Hafiz Ibn hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadis berikut dalam fathul bari bab 'solat jamaah'.

Abu Hurairah bhw Rasulullah saw bersabda, "Mereka solat utk kamu, apabila mereka benar maka utk kamu, dan apabila mereka salah maka utk kamu(pahalanya) dan dosanya menjadi tanggungan mereka."

Sekian. WA.

:wassalam

Re: SU-00203: (Solat Sunat Terawikh) Perlukah mufarroqah sek

Sila rujuk kpd jawapan Ust Pendekar berikut:

SJ – 2600 : IMAM TIDAK PANDAI TAJWID & MUFARAQAH

Juga SJ berikut:

SJ - 2791: makmum dan imam

:wassalam