1.saya ada masalah berkaitan dengan puasa.Semasa berbalas sms dengan kawan lelaki, tiba - tiba saya merasa ghairah dan didapati terdapat cecair berwarna putih dan jernih keluar dari kemaluan.Oleh kerana was - was saya mandi wajib.Soalan saya ialah :
a.adakah cecair yang keluar itu adalah mani atau sebaliknya ?
b.adakah ini menyebabkan puasa saya terbatal ?
c.adakah perbuatan ini dianggap jimak yang memerlukan saya membayar kaffarah dan qada' atau hanya qada' sahaja.
d.apakah puasa saya terbatal sekiranya semasa mandi wajib air masuk di rongga - rongga seperti pusat, telinga dan sebagainya.
terima kasih.
:salam
Soalan ulangan. Oleh krn ia berkaitan puasa, maka kena cepatlah jawab krn bimbang perakra ini akan mendatangkan was2 kpd si penanya.
Cecair yg keluar itu ialah air mazi dan bukannya mani. Sila lihat URL berikut utk mengetahui perbezaan air mazi dan mani.
SJ 720: yg musyil amat2 mengenai mazi
Tidak krn yg membatalkan ialah air mani dan bukannya air mazi.
tidak. Jimak berlaku apabila masuknya zakar ke dalam faraj. Jika tidak berlaku perkara ini, tidaklah ia dianggap jimak.
Tidak terdapat sebarang dalil yg mengatakan memasukkan sesuatu ke dalam rongga tanpa berniat utk mengenyangkan diri. Maka tidaklah batal puasa sdr. Lihat juga URL berikut:
SJ-2027: Batal puasa?
SJ-2033: Rencam puasa dan ronga terbuka
SJ - 3092 : Perkara-perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa ?
Tambahan
Air mazi tidak disyaratkan utk mandi wajib. Menadai dgn mencucinya seerti najis ringan.
SJ 719: muskil bab mazi
sekian. WA.
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
Tambahan lagi....
Seorang yg sedang puasa harus mesti memelihara dirinya dari melakukan sesuatu yg mengurangkan pahala puasa. Tindakan sdr menunjukkan bahaw sdr telah melampaui batasan dalam adab perbualan antara lelaki dan perempuan. Kuatkanlah iman sdr dan jauhilah maksiat. Perlu diingatkan juga apakah tujuan puasa itu. Tidaklah ia hanya sekadar menahan dri dari lapar dan dahaga. Allah mensyariatkan puasa adalah supaya hambanya bertaqwa kpdNya seperti mana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 yg bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.