assalamu'alay-kum...
ana ada sdikit kemusykilan...
spt mana yg diketahui umum... SOLAT itu x leh diganggu... malah berdosa besar bagi sesiapa yg mengganggu org yg bersolat..hatta dgn mengalunkan bacaan AQ sekalipun...
namun..kemusyklan sy : >
1. Adakah gangguan yg dimaksudkan itu meliputi utk semua jenis solat ... maksud ana..adakah utk solat sunat juga DIHARAMKAN secara total gangguan kpdnya?
ana juga musykil...
2. Di tempat ana... seolah² dah jadi kebiasaan... selepas solat...maka akan diadakan SESI TAKLIM di mana ada seorang ahli jemaah akan ke hadapan dan membuka kitab dan membacakan sepotong hadith atau lebih sbg sesi peringatan atau pun tazkirah pendek utk semua jemaah...
namun, selalunya akan ada juga ahli jemaah yg tidak mahu mengikuti sesi TAKLIm dan akhirnya terus mngerjakan solat sunat ba'diyah (bg solat yg ada solat sunat ba'diyah) ...
jd...keadaan seolah² dilihat SESI TAKLIM itu mengganggu solat sunat itu...
dlm situasi itu... siapakah yg bersalah ? Yg bersolat sunat itu..krn tidak mahu menunggu sesi taklim dan mengerjakan solat walaupun sdah tahu bhw AKAN ada sesi taklim....?? atau pun... YG membacakan "Peringatan" itu ??
atau.. ISLAM mempunyai pandangan lain terhadap masalah seumpama ini ??
WA
:wassalam
alJawab:
1. Gangguan di mesjid bukan khusus kepada solat sahaja, tapi meliputi ketenangan dan keheningan mesjid sbg tempat ibadah kecuali majlis ilmu.
Dalilnya:
Dari Abi Sa'iid alKhudri ra, bahawa RasuluLlah saw ketika suatu i'tikaf terganggu dengan bacaan al-Qur:an oleh beberapa sahabat dengan suara keras spt berlawan (bacaan) antara satu sama lain, lalu baginda membuka tirai biliknya dan menegur, " ketahuilah setiap kamu sedang bermunajat kepada Allah, oleh itu janganlah sebahagian kamu mengganggu sebahagian yg lain.." HR Abu Daud (#1332), Ahmad, alBaihaqi, alHakim. sahih al-albani.
Komentar Imam Malik, mengeraskan suara dalam hal yang tiada faedah adalah diharamkan scara mutlak kecuali majlis ilmu atau sesuatu hal yang perlu dikeraskan adalah boleh (alQahthani, solatul Mu'min/172)
2. Apa yang dilakukan oleh ahli jama'ah dengan tiba-tiba bangun membuat ta'alim atau bayan itu adalah amalan yg tidak menuruti amalan salaf assoleh. ia sepatutnya menunggu makmum selesai berzikir dan solat ba'diah. apa yg anda harus lakukan ialah mencari suatu sudut di mesjid dan solatlah.
sekian