SJ-05-0098 : Solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0098 : Solat

Ustaz, saya ingin bertanya 2 soalan

1 Sekiranya imam telah rukuk, makmum boleh berhenti baca fatihah di pertengahan surah dan turut sama rukuk. Persoalanya, pada takat mana yang dibolehkan ? Ada ustaz yang mengatakan bahawa boleh buat begini jika makmum menyertai solat ketika imam membaca surah. Bagaimana jika makmum menyertai solat ketika imam baru solat tetapi imam cepat rukuk ?

2. Sekiranya kita solat isyak pada jama' takdim (waktu maghrib) , boleh tak kita sambung solat witir atau perlu tunggu masuk waktu isyak ?

SJ-05-0098 : Solat

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan hikmah2006 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

i. Membaca surah al-Fatihah didalam solat adalah Rukun, tanpanya tiadalah solat. Sabda Nabi :saw :

áÇ ÕóáÇÉ áöãóäú áóãú íóÞúÑóÃú ÈöÝóÇÊöÍóÉö ÇáúßöÊóÇÈö
"Tidak ada solat bagi yang tidak membaca pembukaan kitab (al-Fatihah)" (Hadith Riwayat al-Bukhaari #714)

Cuma mengenai keperluan membaca surah al-Fatihah dibelakang Imam (ma'mum), terdapat khilaf ulama' didalamnya. Membaca surah al-Fatihah didalam solat menjadi tidak perlu didalam 2 keadaan :

1. Ma'mum mendapatkan Imam semasa Imam sedang Ruku'. Didalam keadaan ini ma'mum hendaklah ruku' bersama Imam kerana umum maksud perintah Nabi :saw :

ÅäãÇ ÌÚá ÇáÅãÇã áíÄÊã Èå ¡ ÝáÇ ÊÎÊáÝæÇ Úáíå ¡ ÝÅÐÇ ßÈÑ ÝßÈÑæÇ ¡ æÅÐÇ ÑßÚ ÝÇÑßÚæÇ
"Sesungguhnya Imam itu dijadikan (lantik) untuk diikuti, maka janganlah kamu berbeza dengannya. Apabila Imam Takbir, hendaklah kamu bertakbir, dan apabila Imam Ruku', hendaklah kamu ruku'" [Hadith Muttafaq 'alaih].

Disini ulama' khilaf, samaada seorang itu mendapat rakaat bersama Imam atau pun tidak? Khilaf ini berlaku diatas tafsiran hadith ini. Dari Ibn Umar ra :-

ãä ÃÏÑß ÇáÅãÇã ÑÇßÚÇ¡ ÝÑßÚ ÞÈá Ãä íÑÝÚ ÇáÅãÇã ÑÃÓå¡ ÝÞÏ ÃÏÑß Êáß ÇáÑßÚÉ
"Barangsiapa mendapatkan Imam semasa rukuk, dan ia rukuk bersama sebelum Imam menaikkan kepalanya, dia telah mendapatkan rakaat tersebut" - [Riwayat Al-Baihaqi; dikelaskan sahih oleh Al-Albani didalam Irwa' al-Ghaleel, 2/263].

a. Ada dikalangan ulama' hadith (eg: Ibn Hazm, Ibn Rusd) mengatakan bahawa mendapatkan Imam didalam solat adalah seseorang itu dapat menyempurnakan bacaan al-fatihah bersama Imam. Maka didalam kes diatas, seseorang itu perlu menambah/menganti rakaat tersebut kerana tidak sempat menghabiskan al-Fatihah.

b. Ulama2 yang berpegang kepada pendapat bahawa mendapat rakaat apabila dapat ruku' bersama dengan Imam (tanpa membaca al-Fatihah), berdasarkan hadith Abu Bakrah ra. yang berkata bahawa beliau berimamkan Nabi :saw semasa baginda ruku' dan kemudian menyatakan keadaan beliau kepada Nabi :saw dan baginda berkata :

ÒóÇÏóßó Çááøóåõ ÍöÑúÕðÇ æóáÇ ÊóÚõÏú
"Moga Allah menjadikan kamu lebih berhati2 dan jangan melakukannya lagi" [Hadith Riwayat al-Bukhaari #783].

Jika mendapatkan Imam semasa ruku' tidak dikira mendapat rakaat, sudah tentu Nabi :saw menyuruh Abu Bakrah ra. menambahkan rakaat yang tidak disempurnakan, tetapi baginda cuma menasihatkan beliau sahaja. (Silsilat al-Ahadith al-Sahihah, ms. 230).

2. Ma'mum mendapatkan Imam hampir2 hendak ruku'. al-Shiraazi didalam al-Muhazzab menjelaskan bahawa terdapat dua pendapat didalam kes ini :

a. Berhenti membaca dan terus ruku', kerana mengikuti Imam lebih mustahak. Kewajipan membaca al-Fatihah terangkat.
b. Teruskan membaca al-Fatihah oleh kerana dia telah mula membacanya. (al-Majmu', 4/109).

Menurut bekas Mufti Arab Saudi, Syeikh Abbdul Aziz bin Baaz rh. :

ÞÑÇÁÉ ÇáÇÓÊÝÊÇÍ ÓäÉ æÞÑÇÁÉ ÇáÝÇÊÍÉ ÝÑÖ Úáì ÇáãÃãæã Úáì ÇáÕÍíÍ ãä ÃÞæÇá Ãåá ÇáÚáã ¡ ÝÅÐÇ ÎÔíÊ Ãä ÊÝæÊ ÇáÝÇÊÍÉ ÝÇÈÏà ÈåÇ æãÊì ÑßÚ ÇáÅãÇã ÞÈá Ãä ÊßãáåÇ ÝÇÑßÚ ãÚå æíÓÞØ Úäß ÈÇÞíåÇ áÞæá ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã : ( ÅäãÇ ÌÚá ÇáÅãÇã áíÄÊã Èå ¡ ÝáÇ ÊÎÊáÝæÇ Úáíå ¡ ÝÅÐÇ ßÈÑ ÝßÈÑæÇ ¡ æÅÐÇ ÑßÚ ÝÇÑßÚæÇ ) ãÊÝÞ Úáíå
"Membaca do'a iftitah adalah sunat dan membaca al-Fatihah adalah wajib bagi sesiapa yang bersolat dibelakang Imam, menurut pandangan yang benar dari kalangan ulama'. Jika anda khuatir (gusar) akan tertinggal al-Fatihah, maka mulalah dengannya, dan jika Imam ruku' sebelum anda menghabiskannya, maka rukulah bersamanya, selebihnya diangkat untuk kamu, kerana Nabi :saw bersabda : Sesungguhnya Imam itu dijadikan (lantik) untuk diikuti, maka janganlah kamu berbeza dengannya. Apabila Imam Takbir, hendaklah kamu bertakbir, dan apabila Imam Ruku', hendaklah kamu ruku' [Hadith Muttafaq 'alaih]." - (Majmu' Ftaawa ibn Baaz, 11/243-244).

Menurut seorang lagi bekas Mufti Arab Saudi (pengganti Ibn Baaz), Syiekh Ibn Utsaimin rh :-

ÅÐÇ ÏÎá ÇáãÃãæã æÇáÅãÇã íÑíÏ Ãä íÑßÚ , æáã íÊãßä ÇáãÃãæã ãä ÞÑÇÁÉ ÇáÝÇÊÍÉ , Åä ßÇä áã íÈÞ Úáíå ÅáÇ ÂíÉ Ãæ äÍæåÇ ÈÍíË íãßäå Ãä íßãáåÇ æíáÍÞ ÇáÅãÇã Ýí ÇáÑßæÚ ÝåÐÇ ÍÓä , æÅä ßÇä ÈÞí Úáíå ßËíÑ ÈÍíË ÅÐÇ ÞÑà áã íÏÑß ÇáÅãÇã Ýí ÇáÑßæÚ ÝÅäå íÑßÚ ãÚ ÇáÅãÇã æÅä áã íßãá ÇáÝÇÊÍÉ
"Jika seseorang masuk sebagai ma'mum dan Imam ingin ruku', dan dia tidak sempat menghabiskan al-Fatihah, jika hanya satu ayat atau dua yang tinggal, dia bolehlah meneruskan bacaan dan menyertai Imam semasa ruku', ini adalah baik. Jika ia mempunyai banyak lagi bacaan al-fatihah yang belum selesai; maknanya kemungkinan tidak dapat bersama Imam semasa ruku', maka dia hendaklah ruku' bersama Imam walaupun tidak sempat menghabiskan al-Fatihah" (Majmu'Fataawa ibn Utsaimin, 15/106).

Kesimpulannya; kadar pembacaan al-Fatihah, lihat kepada kemampuan kita mengejar Imam pada ruku'nya. Kalau tidak sempat menghabiskan bacaan, maka teruskan ruku' bersama Imam tanpa menghabiskan membaca al-Fatihah.

Ana juga boleh merujuk kepada URl dibawah ini yang membincangkan perkara ini :

000013-SJ-SOLAT: Muafiq & Masbuq
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=14988

SJ - 3204 : rukuk bersama imam
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&p=23769

SJ - 2649: [U] Rampai soalan masbuk
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=14307
---------------

ii. Solat witir merupakan solat sunat yang dilakukan pada waktu malam. Ia dilakukan selepas solat Isya' dan sebelum terbit Fajar. Menurut Syiekh bin Baaz rh. :-

ÇáæÊÑ ãä ÕáÇÉ Çááíá ¡ æåæ ÓäÉ ¡ æåæ ÎÊÇãåÇ ¡ ÑßÚÉ æÇÍÏÉ íÎÊã ÈåÇ ÕáÇÉ Çááíá Ýí ÂÎÑ Çááíá ¡ Ãæ Ýí æÓØ Çááíá ¡ Ãæ Ýí Ãæá Çááíá ÈÚÏ ÕáÇÉ ÇáÚÔÇÁ ¡ íÕáí ãÇ ÊíÓÑ Ëã íÎÊã ÈæÇÍÏÉ
"Witir adalah sebahagian dari solat malam, ia adalah sunat, ia adalah penutupnya (solat malam), satu rakaat akan menamatkan solat malam pada akhir malam, atau dipertengahan malam, atau awal malam selepas Isya', Solatlah mana2 yang mudah dan ditamatkan dengan 1 rakaat" (Fataawa bin Baaz, 11/309).

Solat Witir tidak boleh dilakukan pada waktu Maghrib selepas selesai Jama' Taqdim Maghrib dan Isya'.WA.

wassalam

خيرالأمين