SJ-03-0061: Susu Ibu dan Susu Selain Susu Ibu

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0061: Susu Ibu dan Susu Selain Susu Ibu

:salam

Syeikh THTL, ana merujuk kepada SJ-03-0060 : Renjis Kawasan Yang terkena kencing = mazi??.

Soalan ana, adakah perbezaan hukum di dalam jawapan tersebut antara menyusu ibu dan menyusu botol? Syukran...

SJ-03-0061: Susu Ibu dan Susu Selain Susu Ibu

:wassalam

al-Jawab:

sama sahaja hukumnya baik menyusu dada atau susu formula kerana keumuman nas. Kata alHafidz Ibn Qayyim dalam Tuhfah (190), maksud ghulam yang menyusu dalam hadith itu ialah bayi yang hanya menghisap dan menelan bukan bayi yang mengenali makanan dan memintanya dan ia kenyang dgn makanan itu. Ini juga pendapat Mufti syaikh Saleh al-Uthaimiin (syarh alMumti' (1/372) dan disahkan oleh Lajnah Daimah KSA, (5/368)

WA