SJ-05-0269 : Anjing, keldai dan wanita membatalkan solat?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0269 : Anjing, keldai dan wanita membatalkan solat?

Salam,

Saya pernah terdengar seseorang menyebutkan, ada dinyatakan di dalam hadith bahawa solat seseorang itu akan batal jika lalu di hadapannya anjing, keldai atau wanita.

Tetapi, hadith yang sepertinya yang saya jumpa di dalam e-book himpunan Sahih Bukhari dan Muslim ada sambungannya.

Narrated 'Aisha:

The things which annul the prayers were mentioned before me. They said, "Prayer is annulled by a dog, a donkey and a woman (if they pass in front of the praying people)." I said, "You have made us (i.e. women) dogs. I saw the Prophet praying while I used to lie in my bed between him and the Qibla. Whenever I was in need of something, I would slip away. for I disliked to face him." (Sahih Bukhari)

Seolah-olah 'Aisha membantah kenyataan yang menyebut sebab-sebab yang membatalkan solat tersebut.

Saya mohon jasa baik ahli panel untuk menjelaskan lebih lanjut tentang hadith ini dan apakah 'ruling' yang sebenarnya dalam masalah ini.

Terima kasih.

SJ-05-0269 : Anjing, keldai dan wanita membatalkan solat?

:wassalam

al-Jawab:

Hadith menggunakan kalimah "yaqta' " bermaksud memutuskan solat dan bukannya membatalkan solat (annul) . Dalam bahasa arab, memutuskan solat bermaksud terganggu, short-circuit atau terputus hubungan dengan Allah (hilang khusyu'). itu maksudnya, bukan batal.

hadith itu juga bukan bermaksud wanita itu disamatarafkan dengan anjing dan keldai. Kerana kita tahu hadith ini dimanipulasi oleh GAH dan aktivis Feminis-Liberalis.

Maksud wanita mengganggu solat ialah wanita memiliki daya penarik dan bila dia melintasi lelaki, sudah tentu dia akan terganggu.

anjing yang menghampiri orang yg solat juga menyebabkan mereka ketakutan kerana kemungkinan ia anjing liar atau ganas. ini kerana mesjid di zaman silam tidak ada dinding.

keldai pula mengganggu konsentrasi orang solat kerana kemungkinan ia membawa muatan perdagangan dan keldai begini akan mengganggu konsentrasi solat. (Kapten HF, kaedah memahami hadith2 Musykil, jahabersa, Fathul Bari syarah sahih al-Bukhari] sekian