SJ-12-0217 : bertunang?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0217 : bertunang?

salam..
saya ada kemuskilan tentang perkara ini..
apakah kaedah bertunang yang sebenar? adakah perlu majlis2 seperti adat melayu kita? apakah pemahaman sebenar tentang istilah bertunang ini menurut islam?

hrp panel2 yang ensem2 leh tolong jwpkan.. ::D

SJ-12-0217 : bertunang?

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

BERTUNANG ialah: menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seseorang wanita. Samada dengan cara jelas, seperti: "saya mahu berkahwin dengan awak", atau secara isyarat, seperti: "kamu seorang wanita cantik".
Apabila pihak wanita telah menerima pinangan itu, maka sahlah pertunangan itu, dan tidak boleh orang lain masuk untuk meminanginya lagi.

Manakala hukum mengadakan kenduri sempena pertunangan, ia adalah temasuk adat-adat yang dibenarkan syarak, selagi tidak ada percampuran antara lelaki dan wanita, dan perkara2 haram lain.

Cuma, setengah ulama tidak menggalakkan diumumkan pertunangan, apatah lagi diadakan secara besar-besaran. Kerana ia boleh mengundang hasad dengki oleh manusia yang jahat hati. Sabda Nabi SAW: "Minta tolonglah untuk ditunaikan hajat2 dengan cara merahsiakannya. Kerana setiap nikmat itu didengki padanya".
HR Tabarani.

http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=65842&Option=FatwaId