SJ-09-0016 : Haji Bersama Ibu Yang Uzur.

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0016 : Haji Bersama Ibu Yang Uzur.

Askm,

Di sini, saya ada beberapa kemuskilan berhubung ibadat haji.

1-Di tempat2 berikut, apakah jenis solat yang patut dikerjakan mengikut sunnah ? Tamam ? Jamak ? Jamak + Qasar ?

1-Madinah
2-Arafah
3-Mina
4-Mekah
5-Muzdalifah

2-Semasa saya di dalam ihram, adakah di bolehkan menggunakan sabun atau shampoo semasa mandi?

3-Adakah saya boleh mengutip batu di Arafah kerana bimbang tiadanya batu di Munzalifah atau Mina ?

4-Jika ditakdirkan ibu saya uzur untuk melontar , dan saya mewakilkannya bagi urusan melontar. Adakah ibu saya akan dikenakan dam kerana meninggalkan wajib haji itu ?

5-Katakan ibu saya melakukan saei dr Bkt Safa ke Marwah. Kemudian kami berehat kerana letih. Utk menyambung kembali saei tersebut, kami akan bermula dari Marwah ke Safa utk pusingan ke-2. Adakah betul tindakan kami ini ?

6-Insyallah, kami akan melakukan Haji Tamattuk. Bagi urusan pembayaran dam tamattuk, kami akan berurusan dengan TH dengan mengeluarkan wang dari akaun TH kami utk pembayaran dam. Adakah betul tindakan ini ?

Mohon pencerahan.

Syukran.

SJ-09-0016 : Haji Bersama Ibu Yang Uzur.

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Quote:
1-Di tempat2 berikut, apakah jenis solat yang patut dikerjakan mengikut sunnah ? Tamam ? Jamak ? Jamak + Qasar ?

1-Madinah
2-Arafah
3-Mina
4-Mekah
5-Muzdalifah

Madinah: seperti biasa
Mekah: seperti biasa
Arafah: jamak taqdim zohor dan asar (waktu zohor) dan qasar
Muzdalifah: jamak ta'khir maghrib dan isyak (waktu isyak) dan qasar
Mina: selama bermabit di sana solat qasar (zohor, asar, isyak), tetapi tidak jamak (hingga 13 zulhijjah)

Quote:
2-Semasa saya di dalam ihram, adakah di bolehkan menggunakan sabun atau shampoo semasa mandi?

Ada khilaf di kalangan fatwa moden. Puncanya, khilaf pada status sabun adakah ia: (i) wangian, atau (ii) bukan wangian cuma ada bauan wangi padanya.

Ada ulama yang mengharamkan sabun ketika ihram, sbb dikira wangian. malah, bau sesetengah sabun jauh lebih wangi dari bauan atar/ wangian. (pendapat lama Syeikh Uthaimin)

Ada yang kata bukan wangian, dalam fatwa2nya. Cuma ditinggalkan adalah lebih warak dan afdhal.(pendapat: Syeikh Bin Baz, dan pendapat baru syeikh Uthaimin)

Kesimpulan: Lebih afdhal dan warak meninggalkan sabun dalam beberapa hari semasa haji. Bukannya lama sangat, ihram start 8 Zulhijjah hingga 10 zulhijjah (3 hari sahaja). Inilah lebih selamat dan tenang di hati.

rujukan:
-Manasik Haji dan Umrah m/s 35
-Syarah Mumtik 7/211

Quote:
3-Adakah saya boleh mengutip batu di Arafah kerana bimbang tiadanya batu di Munzalifah atau Mina ?

Tidak di syaratkan batu itu berasal dari Muzdalifah. Boleh ambil mana-mana, hatta di Mekah, Madinah, atau di Malaysia. Yang penting: ia adalah batu.
Sebab, kemungkinan bas yang anda naiki tidak sempat berhenti dan menurunkan jemaah di Muzdalifah sebagaimana berlaku pada musim2 yang lalu.
Oleh itu, jika mudah dijumpai batu di Arafah, boleh ambil di sana, tetapi jangan lakukan pada waktu wuquf iaitu selepas Zohor hingga Maghrib.

Quote:
4-Jika ditakdirkan ibu saya uzur untuk melontar , dan saya mewakilkannya bagi urusan melontar. Adakah ibu saya akan dikenakan dam kerana meninggalkan wajib haji itu ?

tidak dikenakan dam.

Quote:
5-Katakan ibu saya melakukan saei dr Bkt Safa ke Marwah. Kemudian kami berehat kerana letih. Utk menyambung kembali saei tersebut, kami akan bermula dari Marwah ke Safa utk pusingan ke-2. Adakah betul tindakan kami ini ?

Tidak disyaratkan berterusan tanpa henti dalam amalan saie. Boleh berhenti terutama jika keperluan, seperti solat jemaah, keletihan, dll. Inilah mazhab Syafie dan Ahmad bin Hanbal.
Dalilnya perbuatan sahabat.
- Ibn Umar pernah saie, kemudian berhenti untuk wudhuk dan sambung balik.
- Saudah binti Ibn Umar pernah menghabiskan saie dalam masa 3 hari. (Said bin Mansur).

Quote:
6-Insyallah, kami akan melakukan Haji Tamattuk. Bagi urusan pembayaran dam tamattuk, kami akan berurusan dengan TH dengan mengeluarkan wang dari akaun TH kami utk pembayaran dam. Adakah betul tindakan ini ?

Boleh mewakilkan kepada mana-mana pihak yang dipercayai untuk menguruskan dam tamattuk anda. Cuma, untuk makluman, dam yg diwakilkan kepada TH biasanya disembelih agak lewat, selepas selesai musim haji. Sedangkan dam tamattuk mengikut fatwa kebanyakan ulama haramain wajib dilaksanakan sebelum habis hari tasyrik (13 zulhijjah).

Wallahu A'lam.

gunx (not verified)
Haji Bersama Ibu Yang Uzur

:salam

Moderator : tolong masukkan dalam thread "Haji Bersama Ibu Yang Uzur"

Soalan #1:
Di sunatkan kita berqurban pada 10 hingga 13 Zulhijjah. Dalam taklimat haji baru2 ini, saya mendapat maklumat bahawa berlaku pembaziran daging di sana kerana jumlah yang melakukan qurban terlalu ramai sehingga ada daging yang dibuang begitu sahaja.

Jadi, perlukah saya melakukan qurban di Malaysia atau mana2 tempat yang lebih memerlukan seperti di Acheh ?

Soalan #2:
Ketika bersolat di Masjid Haram, saya perlu memandang ke bawah atau memandang tepat ke arah kiblat di depan ? dan ketika di masjid haram saya tidak terikat dengan waktu yang di haramkan bersolat ?

Soalan #3:
Boleh tak berikan gambaran kasar cuaca dan suasana jemaah yang padat dan ramai ketika berada di Arafah dan Mina ? dan jika boleh kesilapan2 yang sering dilakukan ketika berada di sana ?

SJ-09-0016 : Haji Bersama Ibu Yang Uzur.

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Diperakui terlalu banyak korban yang dilakukan di Makkah pada tempoh tersebut, dan kekadang daging2 yang disembelih tidak sempat diuruskan sehingga rosak. Malahan, ada segelintir pengurus2 korban yg tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menjual daging2 kepada pengusaha2 restoran di sana.
Oleh itu, dalam keadaan seperti ini, adalah lebih baik dibuat kurban di tempat yang lebih memerlukannya, spt di Malaysia, Acheh dll.

2)

Quote:
Ketika bersolat di Masjid Haram, saya perlu memandang ke bawah atau memandang tepat ke arah kiblat di depan ?

Ramai ulama termasuk sebahagian salaf berpendapat disunatkan memandang ke tempat sujud ketika solat. Antaranya: mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali.

Kerana diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW masuk Kaabah, dan baginda tidak mengalihkan pandanagnnya dari tempat sujud sehingga keluar daripada kaabah. HR Al-Hakim (no: 1761) dan dinilai Sahih olehnya.
Dan dimaklumi ketika baginda masuk Kaabah, baginda bersolat di dalamnya.

Namun, tidak ada larangan daripada melihat ke hadapan ketika solat. Yang dilarang ialah mendongak ke atas, sebagaimana sabit dalam hadis sahih.

Tetapi, jika sekiranya memandang ke hadapan menyebabkan terganggu kekhusyukan maka lebih baik menundukkan pandangan ke bawah, apatah lagi dalam suasana masjidil haram yang dipenuhi dengan ribuan manusia dan kemungkinan wanita boleh lalu lalang di hadapan anda solat.

Quote:
dan ketika di masjid haram saya tidak terikat dengan waktu yang di haramkan bersolat ?

Dalam satu hadis menyebut: "Jangan kamu halang seseorang pun tawaf di rumah (Allah) ini, atau bersembahyang pada bila-bila waktu pun, samada malam atau siang".
HR Tirmizi (no: 868), Nasai (no: 585), Ibn majah (no: 1254). Dinilai sahih oleh Tirmizi.

Ertinya, diharuskan bersolat di dalamnya samada termasuklah pada waktu2 larangan. Cuma ada khilaf, adakah ia umum pada semua sembahyang sunat, atau khas pada sembahyang sunat tawaf sahaja. Mazhab syafie memilih ia umum semua solat sunat.

Lihat: Al-Hawi 2/273-274

3) CUACA: dijangka cuaca di Mekah pada musim haji adalah sejuk seperti tahun lepas juga.

KEPADATAN: menjadi satu lumrah dalam ibadah haji, terpaksa berdepan denagn kepadatan, kesesakan. Masing-masing kena pandai jaga diri, dan keluarga.

KESILAPAN: Antara kesilapan yg ketara jemaah Malaysia:
- Di Arafah, menyibukkan diri dengan pelbagai aktiviti (spt: zikir munajat, dll) pada waktu pagi 9 zulhijjah, atau pada waktu malam sebelumnya. Akibatnya, pada waktu wuquf yg sebenar (selepas zohor 9 zulhijjah) ramai yg tidur kerana keletihan. Sepatutnya, simpan tenaga untuk ibadah sungguh2 pada waktu wuquf yg sebenar (antara zohor dan maghrib 9 Zulhijjah). Peluang keemasan ini hanya datang sekali setahun sahaja. Gunakan tempoh 5 jam tersebut untuk munajat, berdoa dan mengadu kepada Allah Taala.