Salam,
Minta penjelasan panel AAN berkenaan persoalan yang berada dalam benak fikiran saya ini;
- Dalam banyak keadaan yang berkaitan dengan hal keagamaan atau kehidupan harian keseluruhannya yang memerlukan dalil atau nas saya akan bertanya secara online di website ini atau website agama yang lain.
Persoalannya;
i) Sekiranya saya diterangkan oleh panel website berkenaan masalah saya dan disertakan dalil atau nas yang saya sendiri susah nak menghafalnya mencarinya terutamanya hadis adakah saya termasuk dalam kategori ittiba atau masih dalam bertaqlid buta kepada panel yang menjawab?
ii) Sekiranya saya diterangkan oleh panel atau mana-mana ustaz berkenaan masalah yang saya hadapi yang memerlukan dalil@nas tapi mereka tidak menerangkan/memberi dalil@nas adakah saya seorang yang bertaqlid buta dengan hanya mengikut jawapan dari mereka?
iii) Bagaimana pula jika saya menerangkan kepada seseorang dalil@nas berkenaan sesuatu isu tapi saya tidak dapat menerangkan matan & maksudnya dengan baik tapi boleh memberi penjelasan secara umum(yang saya yakin saya memahaminya dengan baik) tanpa mengatakan status sesebuah hadis itu?
iv) Jika saya tersilap dan setelah diperiksa ternyata hadis itu palsu@dhaif,apakah kedudukan saya sama seperti berbohong kepada nabi saw walaupun saya tak berniat untuk berbohong terhadap hadis nabi saw?
Wassalam
:wassalam
al-Jawab:
i) Jika anda mendapat penjelasan hukum yang disertai oleh dalil, maka itu adalah ittiba'. Ittiba' menurut Ust A Hasan Bandung ialah mengikut sesuatu pendapat fiqih dengan mengetahui dalil atau alasan dari AQ dan asSunnah (Majalah al-Lisan, no 27 (1935) halaman 6)
ii) Jika anda dijelaskan hukum tanpa disertai dengan dalil yang mendokong lalu anda mengikutinya, maka itu adalah bertaqlid. Taqlid menurut Ust A Hasan lagi ialah menerima sesuatu hukum dari seseorang tanpa mengetahui alasannya baik dari AQ atau asSunnah (ibid)
iii) Jika anda ingin menjelaskan hukum kepada seseorang, anda terlebih dahulu hendaklah mengetahui sandaran atau alasannya dari AQ dan asSunnah secara pasti. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu nazar yakni mengetahui dalil dan cara istimbathnya (cara mengeluarkan hukum dari dalil itu). Ini yang dijelaskan oleh Ust Hasan al-Banna dalam membicarakan usyul # 07 dalam Usyul Asyrinnya.
iv) ancaman Neraka kerana menyibarkan hadith palsu atau dha'if dalam agama (terutama dalam hukum hakam) adalah jika dilakukan dengan sengaja. Jika tidak sengaja, anda cuma berdosa kerana kecuaian sahaja. hadith Bukhari-Muslim yang mengancam kita bermudah-mudah dalam urusan penyibaran hadith ialah yang bermaksud," sesiapa yang SENGAJA berdusta terhadapku, maka tempahlah tempatnya di Neraka"
sekian WA