SJ-13-0389 : ruqba

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0389 : ruqba

fiqh sunnah jilid 14 m/s 190 ada tulis tentang ruqba. harap ustaz dapat huraikan sebab tak pernah dengar tentang hal ini. terima kasih. wassalam.

SJ-13-0389 : ruqba

:wassalam

al-Jawab:

Ia termasuk dalam Fiqh Harta. Ia jarang orang bahas seperti fiqh taharah dan Fiqh Solat. Ruqba (ÑÞÈí) adalah termasuk dalam pengurusan harta, di mana ada si fulan katakan dia ada beberapa biji rumah. Maka dia ruqbakan rumahnya pada sahabatnya yang miskin dan tak ada rumah. Ruqba ni macam beri pinjam tapi jika berlaku kematian, maka ada lafaznya.

Jika si A ruqba salah satu rumahnya pada si B. Aqad ruqba:
" jika aku mati dulu, maka rumah yang engkau duduk sekarang, menjadi milikmu."

Jika engkau mati dulu, maka rumah itu kembali semula kepada aku."

itu aqad atau lafaz ruqba. Ia legal dalam madzhab Syafi'iy dan tidak sah dalam madzhab Hanafi, maksudnya, jika si A mati terlebih dahulu, harta itu tetap menjadi pesaka kepada warith si A.

Realiti di Malaysia sekarang, amalan ruqba tidak pernah diamalkan kerana orang tidak bermudah-mudah dalam hartanya. yang popular ialah sewa.
sekian