:salam
kakak saya seibu sebapa dengan saya telah memelihara anak angkat (anak luar nikah) lelaki yang kini berusia genab 2tahun pada 16-3-2008.
Dan saya baru melahirkan anak pada 14-12-2007. Selepas saya melahirkan anak saya pun meyusukan anak angkat kakak saya tu dengan memerah susu dalam botol. masa saya menyusukan anak itu usianya dalam 1 tahun 9-10 bulan.dan lebih pada 3kali.mengikut fahaman saya dengan apa yang saya pelajari 3 kali susuan kenyang dan usia tidak lebih pada 2 tahun sah untuk jd anak susuan saya. selepas saya bertanya pendapat beberapa org tua hukum itu sudah jadi macam-macam jadi di sini saya ingin pendapat yang lebih meyakin saya. untuk taraf anak angkat itu dengan saya dengan kakak saya macam mana dan siapa yang bekaitan dengan anak itu.
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
Perlu dilihat kepada 2 perkara; umur bayi ketika disusui, dan bilangan susuan.
- Dari sudut umur bayi yang boleh menjadi anak susuan, mestilah berumur 2 tahun ke bawah menurut kalendar hijri. Inilah pendapat kebanyakan ulama dari kalangan sahabat dan lain-lain, sebagaimana nukilan Imam Tirmizi dalam Jamiknya (3/458).
Dalam kes anda, anak itu lahir pada 16/3/2006 bersamaan 15/2/1427H. Umurnya genap dua tahun pada 23/2/2008 bersamaan 15/2/1429H.
Jika anda menyusuinya sebelum 23/2/2008, maka ia dikira susuan yang sah.
- Dari sudut bilangan susuan, terdapat khilaf dari kalangan salaf. Ada yang mensyaratkan 5 kali susuan seperti Imam Syafie dan Ishaq. Ada yang mensyaratkan 3 kali susuan seperti Imam Ahmad. Dan ada yang tidak mensyaratkan bilangan, asalkan bayi itu minum susu samada sikit atau banyak, maka dikira sebagai anak susuan. Ia dipilih oleh Imam Malik, Auzaie, Thauri, Ibn Mubarak dll. (dinukilkan oleh Tirmizi dalam Jamiknya 3/455).
Dari sudut dalil, pensyaratan 5 kali susuan adalah berdasarkan hadis Aisyah r.a. katanya: "Adalah antara yang diturunkan daripada al-Quran ialah 10 kali susuan yang mengharamkan. Kemudian ia dimansuhkan dengan 5 kali susuan yang mengharamkan". Direkod oleh Muslim (no: 1425).
Wallahu A'lam
http://abuumair1.wordpress.com