:salam
adakah membatalkan solat sekiranya kucing bermain2 di kaki kerana ditakuti terdapat najis pada kucing tersebut?
adakah benar jika kanak2 yg masih belum berkhatan @ bernajis memijak kaki kite atau memegang tangan kite ketika solat akan membatalkan solat kerana kite dianggap menaggung najisnya?
Salam ,
Sekiranya anda menyedari dan merasa yakin bahawa kesan / ain najis memang berada di kaki kucing tersebut berdasarkan kepada rasa ( terasa basah pada kaki kucing tersebut ) disertai dengan adanya bau najis ketika itu , maka solat tersebut terbatal dan wajib dicuci kaki yang terkena najis tersebut.
Ini kerana solat tidak sah jika najis berada di badan atau pakaian dan tempat orang yang melakukan solat.Wajiblah dibersihkan bahagian badan atau pakaian yang terkena najis seperti mana maksud firman Allah swt dalam surah al-Muddassir ayat 4 :
Dab pakaian mu , bersihkan lah
Wa Allahu A'alam
Berkenaan dengan soalan di atas , kami telah menjawabnya sebagaimana di url di bawah ini :
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=35672&sid=8569fe9be1c8723aa7f18a247a8fb3e4
Sekian , WA
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com