SJ-11-0228 : Zakat Bonus

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0228 : Zakat Bonus

salam.
alhamdulillah, saya baru terima bonus daripada syarikat saya. katakan bonus yg saya terima adalah RM5000. selepas tolak EPF dan TAX baki yang tinggal ialah RM4000.

Soalan saya, zakat 2.5% tu dikenakan pada jumlah keseluruhan (RM5000) atau jumlah bersih yg saya terima (RM4000)?

harap dapat membantu, terima kasih.

albaruhiyy (not verified)
SJ-11-0228 : Zakat Bonus

ÈÓã Çááå æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå : ÃãÇ ÈÚÏ

Menurut fuhaqa’, bonus yang diterima oleh seseorang adalah dikira termasuk dalam harta atau mal mustafad. Maka harta mustafad wajib dikenakan zakat.

Soalan saudara adakah harta yang dikenakan zakat dikira dari jumlah 4000 atau 5000?. Permasalahan wang yang disimpan dalam EPF atau seumpamanya, para ulama semasa menjelaskan bahawa ia tidak dikenakan zakat kerana tidak cukup syarat wajib zakat iaitu syarat sempurna milik. Ini kerana anda tidak memilikinya kecuali selepas bersara atau pencen.

Manakala baki yang ada bersama anda, sekiranya cukup haul dan sampai nisab, ia wajib dikenakan zakat. Berdasarkan kepada soalan anda, duit 4000 masih belum cukup nisabnya. Tetapi jika dicampurkan dengan gaji anda, maka ia mungkin telah melebihi nisab, justeru wajib padanya zakat selepas cukup haul setahun.
Apa pun, anda boleh merujuk Lembaga zakat atau pusat zakat di negeri anda.
Wallahualam.
(Rujuk Nawazil al-Zakah, Dr. Abdullah bin Mansur,264-266) dan,
(http://www.islam-qa.com/ar/ref/50801)