:salam
1. Apakah hukum mendirikan solat sunat hajat secara berjamaah.Adakah pernah dibuat semasa zaman rasulullah.
2. Semasa lepas solat jumaat, imam bingkas bangun dan mengajak makmum solat sunat hajat.Solat sunat jumaat terkemudian dilakukan selepas solat hajat ini.Adakah dibolehkan berbuat demikian.
ÈÓã Çááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÈÚÏ
Pertaman:
Solat sunat Hajat berdasarkan kepada hadis-hadis yang dihukumkan oleh ulamak hadis sebagai lemah. maka Tiada Hajat untuk solat Hajat. sebaliknya anda boleh memohon hajat melalui doa.
Kedua:
jika ada pun hadis yang bertaraf hasan tentang solat hajat, tetapi untuk melakukannya secara berjemaah, maka itu tiada contohnya di zaman Nabi dan sahabat. Apatah lagi zaman sekarang ianya dijadikan sebagai suatu syiar dengan diadakan secara besar-besaran di Masjid, stadium dan sebagainya, ianya bukan sunnah.
begitu juga jawapan kepada soalan kedua, cumanya sekiranya anda nak juga lakukan solat hajat maka lakukanlah secara bersendirian tidak beramai-ramai. ada suatu tempat di KL yang masjidnya setiap kali lepas jumaat akan diadakan solat hajat dan jenazah, sekiranya begini melazimi setiap jumaat maka ianya bid;ah yang mungkar di dalam agama.
Wallahu a'lam