SJ-06-0101 : Solat Jamak & Qasar di Kampung : boleh atau X?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0101 : Solat Jamak & Qasar di Kampung : boleh atau X?

:salam

Mohon penjelasan ttg masalah Jamak & Qasar di kampung kelahiran "watan asli"... sebab, saya rasa ada sedikit percanggahan pendapat antara:
panel izrail (Posted: Oct 16, 2008 - 11:37 AM)

Quote:
Seseorang musafir boleh melakukan jama' dan qasr walaupun telah sampai ke kampung tempat kelahirannya atau tempat ibu bapanya membesar.
Ini kerana Rasulullah SAW ketika pulang ke kampung halamannya Mekkah, Baginda menjamakkan dan menqasarkan solat.

dengan panel kamin (Posted: Jan 09, 2004 - 12:08 PM)

Quote:
1. Anda tidak boleh melakukan Jama' dan Qasar sehingga keluar dari tempat anda bermastautin di Melaka. Semasa didalam perjalanan dari Melaka ke Bukit Mertajam, anda boleh melakukan Solat Jama' dan Qasar. Setiba di Bukit Mertajam, rumah ibu dianggap sebagai Al-Watan Al-Asli atau tempat anda dibesarkan. Solat ditempat yang sebegini tidak boleh dijama' dan di qasarkan. Anda dikehendaki berSolat secara sempurna.

2. Perjalanan dari Bukit Mertajam ke Alor Setar yang jaraknya lebih dari 89km diperbolehkan anda melakukan Solat Jama' dan Qasar. Setibanya anda dirumah mertua anda, Solat tidak lagi boleh di jama' dan Qasar, kerana rumah mertua anda juga dianggap sebagai Al-Watan Al-Asli.

3. Perjalanan pulang dari Alor Setar ke Melaka membenarkan anda melakukan Solat Jama' dan Qasar selagi mana solat tersebut dilakukan sebelum masuk di kawasan tempat anda bermastautin. Jika sampai dikawasan (mukim) yang sdr tinggal, dan sdr masih belum menunaikan solat, maka solat wajib ditunaikam dengan rakaat yang penuh. wallahu'alam

Bukan niat nak melaga-lagakan pendapat kedua -dua panel... tetapi sekadar ingin mendapatkan penjelasan dari pihak ustaz untuk kita "YAKIN" dalam melaksanakan IBADAT.
Terima kasih.

Re: Solat Jamak & Qasar di Kampung Halaman... boleh atau tid

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Kekeliruan itu berdasarkan kepada perubahan didalam watan asli. Berikut kami letakkan scenarionya :-

Scenario 1 :: Kampung halaman si A adalah Kota Baru misalannya. Dia bermusafir (dengan kadar yang lama, eg: pelajar Universiti) ke KL, dan tidak berniat untuk menetap di KL. Dengan itu, Kota Baru masih menjadi kampung halaman si A, iaitu digelar Watan Aslinya. Maka apabila si A pulang ke KB, si A tidak boleh melakukan solat Qasar. KL adalah Watan Iqamah si A.

Scenario 2 : Kampung halaman si A adalah Kota Baru. Dia bermusafir ke KL dan menjadikan KL sebagai tempat tinggal / bermaustatin, dan dia memang niat untuk menetap di KL, maka dengan itu KL sudah menjadi watan aslinya yang baru. Maka apabila si A pulang ke kampungnya di Kota Baru, dia BOLEH melakukan solat qasar. Watan Aslinya KB telah terbatal.

Asal hukum : Bahawa Nabi :saw dan sahabat-sahabatnya merupakan asal ahli Mekah, iaitu Mekah merupakan Watan Aslinya. Kemudian mereka telah berhijrah dan menjadikan Madinah sebagai tanahairnya dan tinggal disana. Mereka telah membina rumah di Madinah untuk kediaman mereka. Watan Asli di Mekah telah pun terputus. Maka semasa mereka bermusafir ke Mekah, mereka akan solat secara solat orang musafir. Nabi bersabda kepada ahli Mekah :

أتموا يا أهل مكة فإنا قوم سفر
“Sempurnakan solat Ya Ahli Mekah, kerana sesungguhnya kami adalah orang yang bermusafir”

Kesimpulannya, jika anda telah menjadikan tempat tinggal sekarang sebagai watan asli (lihat definasi di tautan dibawah), maka apabila pulang ke kampung (rumah bapa atau mertua), maka anda boleh melakukan solat secara musafir (eg: qasar solat). WA.

Sila lihat definasi watan asli dari jawapan Ustaz Izrail (Dr Ahmad Wifaq):

Sumber : http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=9&t=36967&p=157588#p157588

Sekian, wassalam

Rujukan Fatwa :
موطن الإقامة وانتقاضه بمثله - Dr Ahmad al-Haj al-Kurdi (Pakar Rujuk Syariah Majlis Fatwa Kuwait dan Ensaiklopedia Fiqh)
http://www.islamic-fatwa.com/fatawa/index.php?module=fatwa&id=7924

خيرالأمين