Mohon takhrij hadis ini dan martabatnya.
Abu Kuraimah (Almiqdad) bin Ma’dy Karib ra. Berkata: bersabda Nabi SAW.: "Jika seorang cinta kepada saudaranya, harus memberitahu kepadanya bahwa ia kasih sayang kepadanya karena Allah."
Syukran jazilan. ::D
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah. Sheikhuna Ustaz Anwaruddin dan Ustaz Adlan dapat menambahkannya.
Sabda Rasulullah :saw :-
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ ، حَدَّثَنَا يَحْيَى ، عَنْ ثَوْرٍ ، قَالَ : حَدَّثَنِي حَبِيبُ بْنُ عُبَيْدٍ ، عَنْ الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِي كَرِبَ وَقَدْ كَانَ أَدْرَكَهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : إِذَا أَحَبَّ الرَّجُلُ أَخَاهُ ، فَلْيُخْبِرْهُ أَنَّهُ يُحِبُّهُ " .
“Apabila seseorang mengasihi saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mengasihinya (kerana Allah)
Hadith ini marfu’. Ia diriwayatkan oleh al-Bukhari didalam Adabul Mufrad, Abu Daud dengan lafaz seperti ini, al-Tirmudzi, al-Nasaaie dan yang lain. Kesemua hadith ini adalah dari Ibn ‘Ubaid, dari al-Miqdaam bin Ma’di Karib ( المقدام بن معدي كرب ) secara marfu’ (sampai kepada Nabi :saw). Lafaz al-Bukhari ( إذا أحب أحدكم أخاه فليعلمه أنه أحبه ), lafaz Tirmudzi ( فليعلمه إياه ). Berkata al-Nasaaie - Itu adalah ganti diri : ( إياه ) dan sahih Ibn Hibban, al-Hakim dan berkata Tirmudzi : sesungguhnya ia adalah Hasan Sahih Gharib.
Lafaz hadith diatas ini adalah dari Abu Daud, dari Kitab Sunan Abu Daud, hadith bernombor : 5124. Abu Daud mendiamkan status hadith ini. Beliau pernah berkata didalam mesejnya kepada orang Makkah bahawa apabila didiamkan hukumnya maka hadith itu soleh. Ulama hadith yang lain menilai hadith ini sebagai sahih.
Anda boleh melihat jalan-jalan dan lafaz-lafaz lain hadith ini di URL berikut :
http://www.islamweb.net/hadith/hadithServices.php?type=1&cid=868&sid=1686
Sekian, wassalam
خيرالأمين