[IRF] Akta Jenayah Aqidah: Jawapan terhadap Kritikan Kapten Hafiz Firdaus

Primary tabs

18 Sept 2011
Respon yang kami terima jelas mempamerkan kelaziman dari hujah puak salafi dalam mana-mana perdebatan. Dari cuba menyampaikan hujahnya dengan cara intelektual, mereka lebih cenderung kepada serangan peribadi.

Penulis mengandaikan bahawa pandangan kami mewakili sosok liberal dan pluralis. Hal Ini sesungguhnya menzahirkan sikap tidak hormat terhadap perbezaan pendapat dan tuduhan yang memperkecilkan kewibawaan ulama Islam dan intelektual seperti Dr Taha Jabir al Alwani, Presiden Universiti Cordoba dan pengasas dan bekas Pengerusi Majlis Fiqh Amerika; Dr Jamal Badawi, ahli Majlis Fiqh Islam Amerika, Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, dan Kesatuan Ulama Sedunia; Dr Louay Safi, bekas Pengarah Ekskutif dan Pengarah Penyelidikan di Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) dan kini menjawat Pengerusi Majlis Syria Amerika; antara lainnya.

Pandangan kami tidak hanya mencerminkan kefahaman kami tentang ayat al-Qur’an tapi juga mengumandangkan apa yang dirumuskan oleh para ulama’ ini tentang isu kebebasan agama. Kelihatannya penulis terkeliru tentang makna kebebasan agama (al-hurriyyah ad-dinniyyah).

 

Kebebasan agama berfungsi sebagai pelindung daripada sebarang penindasan oleh rejim yang berkuasa. (Dr Louay Safi)Kebebasan agama berfungsi sebagai pelindung daripada sebarang penindasan oleh rejim yang berkuasa. Baik Muslim atau bukan Muslim keduanya bebas mengamalkan kepercayaan mereka dan menyebarkan agama yang mereka anuti. Seperti yang dinyatakan oleh Dr Louay Safi dalam “Kasus Murtad dan Kebebasan Agama”:

“Seorang Kristian atau Yahudi yang memeluk Islam tidak lagi menjadi Kristian atau Yahudi, tetapi adalah seorang Muslim dan harus dihormati selayaknya. Dengan kaedah yang sama, seorang Muslim yang menukar agamanya tidak lagi menjadi Muslim, tetapi menjadi Kristian dan harus dihormati seadanya.”

Semua ayat yang dinukil jelas menunjukkan bahawa kebebasan agama adalah hak setiap manusia yang fundamental. Kerana itu kita menemui banyak ayat yang menggesa penggunaan akal untuk mencapai keimanan, dan ini adalah berlandas kepada kehendak kita yang bebas. Tiada kuasa di dunia yang boleh memaksa kita untuk beriman atau tidak.

Menghormati kebebasan individu telah dizahirkan oleh salah seorang Rasul (as) yang terawal:

“Berkata [Nuh]: Wahai kaumku! Apa pendapatmu? Sekiranya [benar] aku berpijak di atas landasan bukti yang jelas dari Tuhanku, yang telah menganugerahkan rahmatnya kepadaku – [wahyu] yang kamu tidak meyakininya – [sekiranya ini benar] dapatkah kami memaksamu walaupun kamu tidak menyukainya? [11:28].

Tidak ada satu ayat dalam al-Qur’an yang menghalang seseorang untuk memeluk atau meninggalkan agama yang tidak diimaninya. Fungsi asas negara adalah untuk menyelia dan menyekat sebarang percubaan untuk menafikan kebebasan manusia untuk beragama, sama ada untuk memeluk atau meninggalkan kepercayaan. Sebaliknya, jika negara mula menggunakan kuasanya untuk menghalang orang Islam daripada meninggalkan agama yang tidak diyakininya lagi, atas nama “amar ma‘ruf nahi munkar”, negara sebenarnya sedang mencipta kelompok masyarakat “munafiq”.

Adakah hal ini yang kalian perjuangkan?

Seperti yang kami tegaskan sebelum ini, dengan muktamad, tidak ada satu ayat dalam al-Qur’an yang menetapkan hukuman duniawi terhadap perbuatan murtad. Dr Jamal Badawi menjelaskan dalam artikelnya: “Adakah Murtad satu Jenayah Kapital?”, bahawa jika sekiranya hukuman mati yang dikenakan hanya kerana perbuatan murtad oleh individu, maka ini merupakan suatu bentuk “paksaan” yang paling serius dalam agama.  Ia adalah pelanggaran yang jelas dan konklusif ke atas kebebasan nurani yang dilarang oleh al-Qur’an.

MPF pernah menganjurkan sesi dialog tertutup dengan Dr Jamal Badawi tentang isu murtadKami berpeluang menemui Dr Jamal Badawi secara peribadi ketika beliau berkunjung ke Kuala Lumpur di atas undangan Forum Profesional Muslim (MPF). Ia adalah sewaktu kes Lina Joy bergolak beberapa tahun lalu. MPF telah menganjurkan sesi dialog tertutup dengan beliau tentang isu ini dan perkara ini diperdebatkan secara intelek.

Menyangkut beberapa hadith yang menyatakan bahawa Nabi (saw) memerintah untuk membunuh golongan murtad, Dr Jamal Badawi menegaskan bahawa berdasarkan penemuan Imam asy-Syaukani dalam Nailul Authar, riwayat ini dianggap lemah kerana kelemahan pada jalur isnadnya.

Dalam sebuah hadith sahih, Jabir bin Abdullah (rad) meriwayatkan bahawa seorang badawi berikrar setia kepada Rasulullah (saw) untuk Islam [i.e. menerima Islam]. Kemudian badawi itu ditimpa demam, di mana dia mengatakan kepada Rasulullah (saw): “Batalkan bai‘ahku!” tetapi Nabi (saw) enggan. Beliau datang semula dan berkata: “Batalkan bai‘ahku!” tetapi Rasulullah (saw) tetap enggan. Kemudian badawi tersebut meninggalkan Madinah. Rasulullah (saw) bersabda: “Madinah adalah seperti sepasang puputan (relau), ia menyingkirkan kekotoran daripadanya dan mencerah dan menyucikan kebaikannya.” [Sahih al-Bukhari – (diterjemahkan oleh Muhammad Muhsin Khan), Maktabat ar-Riyadh al-Hadeethah, Riyadh, 1982, jil 9, hadith 316.

Hadith yang sama dengan jalur isnad yang berbeza pada no. 318 & 323].

Akhirnya menyangkut tentang rujukan daripada “al-Seerah an-Nabawiyah” oleh Ibn Hisham, sila rujuk kitab al-Seerah an-Nabawiyah (Kaherah: Percetakan Mustafa Halabi, 1955/1375), jil 2:409. Terjemahan penuh dinukil oleh Dr. Louay Safi dalam “Kasus Murtad dan Kebebasan Agama”.

Sebagai kesimpulan, kami ingin mengulangi bahawa sebarang tindakan tidak berasas oleh negara dalam menyekat atau memaksa seseorang yang memilih untuk berpindah pada agama lain, akhirnya akan menyemarakkan tanggungjawab moral kepada agama tersebut untuk mempertahankan penganut baru yang memilih untuk memeluk agamanya. Perbuatan memaksa dalam beragama bukan sebahagian daripada agama ini dan tiada hubungan dengan al-Qur’an yang sering merujuk pada akal pemikiran.


Dr Ahmad Farouk Musa

(Diterjemahkan oleh Ahmad Nabil Amir)

 


 

Artikel asal:

A Reply to Kapten Hafiz Firdaus’ Criticism || 18 Sept 2011

The response we received clearly exhibited the typical nature of the so-called salafis during any argumentation. Rather than putting forward their arguments in an intellectual manner, they resorted to ad hominem.

The writer was implying that our view represents views of the liberals and pluralists. This in fact was very disrespectful of differing views and a very demeaning accusation against Islamic scholars and intellectuals like Dr Taha Jabir al Alwani, the President of Cordoba University and the founder and Former Chairman of the Fiqh Council of America; Dr Jamal Badawi, member of the Islamic Fiqh Council of America, The European Council of Fatwa and Research, and the International Union of Islamic Scholars; Dr Louay Safi, a former Executive Director and Director of Research for the International Institute of Islamic Thought (IIIT) and currently the Chairman of The Syrian American Council; just to name a few.

Our view not only reflects our understanding of the verses in the Qur'an but also resonates what these scholars concluded on the issue of freedom of religion. It seems that the writer is very confused about the meaning of freedom of religion (al-hurriyyah ad-dinniyyah).

Freedom of belief operates as a safeguard against any sort of oppression from a superior source of power. Both Muslims and non-Muslims are free to practice their belief and propagate the religion of their following. As  Dr Louay Safi said in "Apostasy and Religious Freedom":

"A Christian or Jew who converts to Islam is no more a Christian or a Jew, but a Muslim and must be respected as such. By the same token a Muslim who converts is no more a Muslim, but a Christian and must be respected as such".

All the verses quoted clearly showed that freedom of religion is the fundamental right of every human being. That is why we find many verses that urged us to use our reason to attain faith, and this is based on our free will. No earthly power can compel us to believe or not to believe.

Respect for individual freedom has been uttered by one of the earliest Prophet:

"Said [Noah]: O my people! What do you think? If [it be true that] I am taking my stand on a clear evidence from my Sustainer who has vouched safe unto me grace from Himself - [a revelation] to which you have reminded blind - [if this be true] can we force it on you even though it be hateful to you?" [11:28]

There is not a single verse in the Qur'an that forbids a person to embrace or leave a faith he or she does not believe in. The basic function of a state is to monitor and prevent any forces that might seek to deny people of their freedom of believe, either embracing or leaving a religion. On the contrary, when a state started enforcing its power to prevent Muslims from leaving a faith they do not believe in any more, in the name of "amar ma'ruf nahi munkar", the state is basically creating a community of "munafiqeen".

Is this what you guys are fighting for?

As we said before, categorically, there is no single verse in the Qur'an that prescribes an earthly punishment for apostasy. Dr Jamal Badawi insisted in his article: "Is Apostasy a Capital Crime?", that if indeed capital punishment is prescribed for mere individual apostasy, then it is one of the most serious form of "coercion" in religion. It is a clear and conclusive violation of freedom of conscience which is forbidden in the Qur'an.

We had the opportunity to meet up with Dr Jamal Badawi in person when he visited KL on an invitation by Muslim Professionals Forum. It was during Lina Joy debacle a few years ago. MPF had a closed door dialogue with him on this issue and the matter was intellectually debated.

With regard to the a few ahadith that the Prophet ordered killing of the apostates, Dr Jamal Badawi asserted that based on the findings of Imam asy-Syaukani in Nailul Authar, they are deemed weak due to the weakness in the chain of narration (isnad).

In an authentic hadith, Jabir bin Abdullah narrated that a bedouin pledged allegiance to the Apostle of ALlah for Islam [i.e. accepted Islam]. Then the bedouin got fever whereupon he said to the Prophet:"Cancel my pledge!" but the Prophet refused. He came again and said: "Cancel my pledge!" but the Prophet refused again. Then the bedouin left Medina. The Prophet said: "Medina is like a pair of bellows [furnace], it expels its impurities and brightens and clears its good." [Sahih al-Bukhari - (translated by Muhammad Muhsin Khan), Maktabat ar-Riyadh al-Hadeethah, Riyadh, 1982, Vol 9, hadith 316. Similar ahadith by other chain of narration No. 318 & 323].

Finally with regard to the the reference from "al-Seerah an-Nabawiyah" by Ibn Hisham, please refer al-Seerah an-Nabawiyah (Cairo: Mustafa Halabi Press, 1955/1375), Volume 2: 409. The full translation was quoted by Dr. Louay Safi in "Apostasy and Religious Freedom".

In conclusion, we would like to reiterate that any untoward attempt by a state to place sanctions or apply coercion for people who choose to convert to another religion, will eventually place a moral obligation on the latter to defend the new-comers who choose to join their faith. The act of coercion in matter of faith is not part of this religion and nothing to do with the Qur'an that always speaks to reason.

 

AFM