SJ – 2315 : CARA MEMBETULKAN SOF & MASALAH KELUAR 3 HARI

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2315 : CARA MEMBETULKAN SOF & MASALAH KELUAR 3 HARI

Assalamualaikum Wmt Wkt, Jkk atas jawaban ahli panel THTL yang terdahulu,

1. Bagaimana cara meluruskan sof solat yang sebenar mengikut sunnah...ada yang kata meluruskan sof dengan melihat tumit kaki dan ada yang kata dengan meluruskan ibu jari semua jamaah.....

2. Benarkan keluar 3 hari, atau 40 yang JT buat berdasarkan sunnah Rasul dan sahabat yang keluar meninggalkan Semenanjung Arab...jadi kita kena ikut jugalah sebab Nabi dan Sahabat buat macam itu?

Wassalam

Re: SJ – 2315 : CARA MEMBETULKAN SOF & MASALAH KELUAR 3


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2315 : CARA MEMBETULKAN SOF & MASALAH KELUAR 3 HARI ( JEMAAH TABLIGH )

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Cikgu 73 yang budiman di atas soalan yang berharga itu .

1 – PERMASALAHAN SOF ( BARISAN DI DALAM SOLAT BERJEMAAH ) :

Tidak dinafikan meluruskan sof di dalam solat berjemaah dan merapatkannya adalah merupakan satu perintah yang datangnya daripada Baginda Rasulullah s.a.w sendiri . Pernah terjadi satu pasukan tentera Islam kalah di dalam peperangan disebabkan mereka tidak meluruskan sof sembahyang mereka . Ini merupakan satu bukti sampingan ( di samping bukti-bukti As-Sunnah ) yang menunjukkan kepentingan meluruskan dan merapatkan sof di dalam sembahyang berjemaah .

Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda :


Úä ÃóäóÓõ Èúäõ ãóÇáößò ÞóÇáó ÃõÞöíãóÊö ÇáÕøóáóÇÉõ ÝóÃóÞúÈóáó ÚóáóíúäóÇ ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÈöæóÌúåöåö ÝóÞóÇáó ÃóÞöíãõæÇ ÕõÝõæÝóßõãú æóÊóÑóÇÕøõæÇ ÝóÅöäøöí ÃóÑóÇßõãú ãöäú æóÑóÇÁö ÙóåúÑöí

Ertinya : “ Daripada Saidina Anas Bin Malik r.a , beliau pernah berkata : Apabila solat hendak didirikan , Baginda Rasulullah s.a.w pun menghadap kami semua seraya berkata : Luruskanlah sof – sof kamu dan rapatkanlah kedudukan kamu dengan orang-orang di sebelah kamu . Sesungguhnya aku dapat melihat kamu di belakangku “ ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh , Al-Imam an-Nasaie rh dan Al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh .

Saidina Anas r.a yang menjadi periwayat teratas ( rawi a’ala ) hadist ini mengatakan mengenai peristiwa ini : “ ( Setelah Baginda Rasulullah s.a.w menyatakan arahan demikian ) , maka aku dapati ada seorang di kalangan kami yang cuba merapatkan bahunya dengan bahu orang di sebelahnya dan kakinya dengan kaki orang disebelahnya ( untuk membetulkan sof ) “ ~ Hadist diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh dan Al-Imam Muslim rh .


Úä ÇáäøõÚúãóÇäó Èúäó ÈóÔöíÑò ÞóÇáó ßóÇäó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íõÓóæøöí ÕõÝõæÝóäóÇ ÅöÐóÇ ÞõãúäóÇ áöáÕøóáóÇÉö ÝóÅöÐóÇ ÇÓúÊóæóíúäóÇ ßóÈøóÑó


Ertinya : “ Daripada Saidina Nu’man Bin Basyir r.a dia pernah berkata : Baginda Rasulullah s.a.w pernah membetulkan ( meluruskan ) sof sembahyang kami . Maka setelah didapati sof kami itu betul ( lurus ) barulah Baginda s.a.w mengangkat takbir ( memulakan sembahyang ) “ ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud r.h .


Úä ÇáäøõÚúãóÇäó Èúäó ÈóÔöíÑò íóÞõæáõÇ ßóÇäó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó íõÓóæøöí ÕõÝõæÝóäóÇ ÍóÊøóì ßóÃóäøóãóÇ íõÓóæøöí ÈöåóÇ ÇáúÞöÏóÇÍó ÍóÊøóì ÑóÃóì ÃóäøóÇ ÞóÏú ÚóÞóáúäóÇ Úóäúåõ Ëõãøó ÎóÑóÌó íóæúãðÇ ÝóÞóÇãó ÍóÊøóì ßóÇÏó íõßóÈøöÑõ ÝóÑóÃóì ÑóÌõáðÇ ÈóÇÏöíðÇ ÕóÏúÑõåõ ãöäó ÇáÕøóÝøö ÝóÞóÇáó ÚöÈóÇÏó Çááøóåö áóÊõÓóæøõäøó ÕõÝõæÝóßõãú Ãóæú áóíõÎóÇáöÝóäøó Çááøóåõ Èóíúäó æõÌõæåößõãú

Ertinya : Daripada Saidina Nu’man Bin Basyir r.a dia pernah berkata : Baginda Rasulullah s.a.w pernah membetulkan ( meluruskan ) sof sembahyang kami seumpama Baginda s.aw membetulkan anak-anak panah sehinggalah kami benar-benar memahami hal itu. Namun pada satu hari di mana hampir-hampir Baginda s.a.w hendak mengangkat takbir , tiba-tiba Baginda s.a.w mendapati ada di kalangan kami yang dadanya lebih daripada sof ( terkeluar drp sof ) , maka Baginda s.a.w pun bersabda seraya menegur : “Wahai semua hamba Allah ! , hendaklah kamu semua membetulkan sof-sof kamu ataupun Allah akan campakkan ke dalam hati-hati kamu perasaan benci-membenci dan permusuhan dikalangan kamu semua “. ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud r.h ( Kitab as-Solat , Bab Taswiyah as-Sufuf : 659 ) & Nailul Awtor ( Kitab al-Libas : Bab 35 : Hadits ke-35 ) .

Dan kalau Baginda Rasulullah s.a.w sendiri tidak memeriksa sof-sof sebelum solat , Baginda s.a.w akan memerintahkan salah-seorang sahabat r.a untuk melakukannya , demi menjamin betulnya sof-sof solat ~ Hadist diriwayatkan oleh Al-Imam at-Tirmidzi rh .

Majoriti ulama’ rh memahami hadist ini menunjukkan bahawa meluruskan sof solat adalah satu perkara yang sunat sbg mana pandangan Al-Imam asy-Syaukani rh dan Al-Qadhi ‘Iyadh rh .

Minoriti ulama’ rh pula – seperti Al-Imam Ibnu Hazm rh – memahami hadist – hadist di atas sebagai dalil bahawa meluruskan sof-sof sembahyang adalah wajib . ( Saya secara peribadi lebih cenderung dengan pandangan kedua ini ) .

Quote:
Adapun mengenai soalan : “Bagaimana cara meluruskan sof solat yang sebenar mengikut sunnah...ada yang kata meluruskan sof dengan melihat tumit kaki dan ada yang kata dengan meluruskan ibu jari semua jamaah.....”

JAWAPAN KAMI :

Perkara ini memang pernah diperselisihi di kalangan para ulama’ rh ( sbg mana yang dibicarakan oleh Al-Imam al-Muhaddist Abadi rh dan Al-Imam Al-‘Allamah Ibnu Qaiyim al-Jauziyyah rh ketika menghuraikan hadist-hadist di dalam Sunan Al-Imam Abu Daud rh – Bab telah dinyatakan di atas ) .

Di Malaysia , kita mendapati garisan diletakkan di belakang tumit-tumit para makmum demi meluruskan sof-sof sembahyang .

Di Mesir pula , garisan diletakkan di hadapan ( mengikut hujung ibu jari kaki para jemaah ) .

Tidaklah menjadi apa-apa masalah sama ada hendak diletakkan di belakang tumit ataupun di hadapan kaki kita . Yang penting ialah tercapainya maksud kita untuk meluruskan sof-sof sembahyang sebagai mana yang dituntut oleh Baginda Rasulullah s.a.w .

2 – Satu sunnah ( cara ) yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah s.a.w ataupun Para Sahabat r.a TIDAKLAH SEMESTINYA IANYA MESTI DIIKUTI oleh umat Islam melainkan apa yang telah diperintahkan dengan jelas dan terang oleh Baginda Rasulullah s.a.w sendiri . Bahkan sunnah itu sendiri ada berbagai hukum , ada yang wajib , ada yang sunat dan ada pula yang ianya hanya khusus untuk Baginda Rasulullah s.a.w sahaja . [ Sila lihat jawapan kami : SJ – 2293 : SUNNAH YANG TIDAK BOLEH DIIKUTI ] .

Mengenai Jemaah Tabligh ( JT ) dan keluarnya mereka di jalan Allah Ta’ala selama 3 hari , 40 hari , 4 bulan dan sebagainya , maka itu hari-hari yang ditentukan sedemikian rupa tidaklah pernah dilakukan oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a ( sepanjang pengetahuan kami yang sedikit ini ) .

Tapi AMATLAH TIDAK WAJAR BAHKAN DIANGGAP BODOH PULA jika disebabkan hal keluar beberapa hari itu kita secara “ mudah-mudah “ / “ semberono “ menuduh Jemaah Tabligh sebagai ahli-ahli bid’ah ( sbg mana tuduhan beberapa orang yang mengaku diri mereka sebagai “ salafi “ ) .

Sabarlah dan berlemah-lembutlah dengan saudara-saudari kita seagama , lebih-lebih lagi jemaah yang dipimpin dan diasaskan oleh para ulama’ rh yang berpengatahuan luas di dalam bidang agama !!! .

Keluar 3 hari , 40 hari , 4 bulan dan sebagainya itu HANYALAH MERUPAKAN DISIPLIN untuk mengasuh jiwa-jiwa mereka agar menjadi salah-seorang daripada tentera-tentera Allah Ta’ala yang menyiarkan Islam ke seluruh dunia .

Samalah seperti orang yang mewajibkan dirinya berpuasa setiap Isnin dan Khamis , membaca Al-Quranul Karim setiap kali selepas sembahyang Subuh …bukankah ini asalnya adalah SUNAT , tetapi demi mendisplinkan diri , mereka mewajibkan ( memestikan ) ke atas diri-diri mereka sendiri .

Jadi ini adalah masalah MENDIDIK DIRI DAN MENDISPLINKAN DIRI . Bukan masalah Bid’ah sebagaimana yang difahami oleh orang-orang yang sebenarnya tidak faham .

Jemaah Tabligh bukanlah calang-calang jemaah islam . Tidak sedikit manusia yang diberikan hidayah Allah Ta’ala di atas usaha mereka yang murni . Dan tidak sedikit ceruk-rantau yang mereka redahi demi menyiarkan Islam walaupun mereka yang berjawatan rasmi di dalam tugas Islam ini “ tidak selera “ untuk masuk ke dalam kampung-kampung orang-orang asli dan Benua Afrika .

Salah-silap yang ada pada Jemaah Tabligh BUKANLAH SEBAB UTAMA untuk dilontarkan tuduhan-tuduhan liar kepada mereka , sebab tiada satu jemaah pun yang sempurna !!! .

Kalau ada di kalangan mereka yang melakukan kesilapan , maka tegurlah mereka dengan hikmah , bukannya dengan kasar dan melontarkan kata-kata yang kesat .

Kalau mereka dikatakan sebagai kurang ilmu , maka apakah pula tugas ‘ orang-orang yang berilmu itu ‘ yang sangat suka mengkritik Jemaah Tabligh !? , adakah semata-mata memenuhi undangan kuliah dan ceramah yang boleh menghasilkan fulus $$$$ !!?? .

Kalau mereka di katakan jahil dan kurang ilmu , maka adakah jemaah kamu ( wahai orang yang menuduh ! ) dianggotai oleh 100 % ulamak dan ilmuwan !? .

Jagalah lidah kita daripada menohmah mereka walaupun kita tidak menjadi ahli Jemaah Tabligh !!! .

Berbalik pada masalah asal kita , KELUAR itu adalah disiplin .

Tapi kalau ada yang menganggap bahawa Keluar itu MESTILAH sekian-sekian hari dan ianya memang pernah dilakukan ( pernah dihadkan masa dan harinya ) oleh Baginda Rasulullah s.a.w ataupun Para Sahabat r.a maka itu adalah kepercayaan yang tidak betul dan tidak berasal daripada Baginda s.a.w !!! .

Tegurlah dengan hikmah dan cermat . Kekasaran biasanya bukannya diterima dengan baik bahkan akan dibalas pula dengan tindakan yang lebih kasar dan keras .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

****************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN


1- ‘AUNUL MA’ABUD SYARH SUNAN al-IMAM ABU DAUD RH

Oleh : Al-‘Allamah Al-Imam Abadi rh & Al-Imam Ibnu Qaiyim al-Jauziyah rh
Jilid 2 , ms 272 – seterusnya .
Terbitan : Darul Fikr , Beirut .

2 – NAILUL AUTOR
Oleh : Al-‘Allamah Al-Imam asy-Syaukani rh
Vol 2 , Halaman 175 – 176
Terbitan : Darul Fikr , Beirut .

3 – AL-FIQHUL ISLAMIY WA ADILLATUH
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Wahbah az-Zhaily ( ha )
Jilid ke-2 , Halaman : 1267
Terbitan : Darul Fikr , Beirut .

4 – BIDAYATUL MUJTAHID WA NIHAYATIL MUQTASID
Oleh : Al-Imam al-Qadhi Ibnu Rusyd rh
Vol : 1 , Halaman : 121
Terbitan : Darul Fikr , Beirut .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
26 / Dzulhijjah / 1423 H
27/ Febuari / 2003 M

KHAMIS – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum