No |
Tajuk |
الموضوع |
BAB 51 |
Bab: Nama-nama Rasulullah s.a.w. (3 Hadis) |
بَابُ: مَا جَاءَ فِي أَسْمَاءِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ |
367 |
1. Jubair bin Muth’im berkata: Rasulullah berkata, “Aku memiliki beberapa nama. Aku adalah Muhammad. Aku adalah Ahmad. Aku adalah al-Mahi yang dicipta oleh Allah bagi menghapus kekufuran. Aku adalah al-Hasyir (yang mengumpulkan) kerana umat manusia dikumpulkan mengikut jejakku. Aku adalah al-Aqib (yang mengakhiri) kerana tidak ada nabi lagi selepasku.” (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ahmad) |
عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ لِي أَسْمَاءً» أَنَا مُحَمَّدٌ، وَأَنَا أَحْمَدُ، وَأَنَا الْمَاحِي الَّذِي يَمْحُو اللَّهُ بِيَ الْكُفْرَ، وَأَنَا الْحَاشِرُ الَّذِي يُحْشَرُ النَّاسُ عَلَى قَدَمِي، وَأَنَا الْعَاقِبُ وَالْعَاقِبُ الَّذِي لَيْسَ بَعْدَهُ نَبِيٌّ " |
368 |
2. Hudzaifah bin al-Yaman berkata: Aku bertemu dengan Rasulullah di beberapa jalan di Madinah. Baginda berkata, “Aku adalah Muhammad. Aku adalah Ahmad. Aku adalah nabi yang menyebarkan rahmat dan aku adalah nabi yang memerintahkan taubat. Aku adalah al-Muqaffa’ (yang dimuliakan). Aku adalah al-Hasyir (yang mengumpulkan) kerana umat manusia dikumpulkan mengikut jejakku. Aku adalah nabi yang terlibat dalam peperangan besar.” (Diriwayatkan oleh Muslim, Tirmizi dan Ahmad) |
عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ: لَقِيتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَعْضِ طُرُقِ الْمَدِينَةِ فَقَالَ: «أَنَا مُحَمَّدٌ، وَأَنَا أَحْمَدُ، وَأَنَا نَبِيُّ الرَّحْمَةِ، وَنَبِيُّ التَّوْبَةِ، وَأَنَا الْمُقَفَّى، وَأَنَا الْحَاشِرُ، وَنَبِيُّ الْمَلَاحِمِ» |
369 |
3. Dari Rizz dari Huzaifah dengan hadis yang serupa. |
حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ مَنْصُورٍ قَالَ: حَدَّثَنَا النَّضْرُ بْنُ شُمَيْلٍ قَالَ: أَنْبَأَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ، عَنْ عَاصِمٍ، عَنْ زِرٍّ، عَنْ حُذَيْفَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَهُ بِمَعْنَاهُ، هَكَذَا قَالَ حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ، عَنْ عَاصِمٍ، عَنْ زِرٍّ، عَنْ حُذَيْفَةَ |
|
Disediakan oleh: al-ahkam.net 2014 |
|