๐Ÿ  UtamaยปSoal JawabยปApa Hukum Sujud Kepada Makhluk?

Apa Hukum Sujud Kepada Makhluk?

Soalan daripada: Hasan
โฑ๏ธ Masa bacaan: anggaran 2 minit

Tunduk, rukuk dan sujud kepada makhluk

Tulisan ini menjelaskan tentang fakta menarik tentang sujud kepada makhluk. Di samping itu dijelaskan juga tentang hukum tunduk dan rukuk kepada sesama makhluk Allah.

Fatwa Imam al-Nawawi

Fatawa al-Nawawi:

โ€Œโ€ŒููŠ ุงู„ุณุฌูˆุฏ ุจูŠู† ูŠุฏูŠ ุงู„ู…ุดุงูŠุฎ

9. ู…ุณุฃู„ุฉ: ุงู„ุณุฌูˆุฏ ุงู„ุฐูŠ ูŠูุนู„ู‡ ุจุนุถ ุงู„ู†ุงุณ ุจูŠู† ูŠุฏูŠ ุงู„ู…ุดุงูŠุฎ ูˆู†ุญูˆู‡ู… ู…ุง ุญูƒู…ู‡ุŸ.

ุงู„ุฌูˆุงุจ: ู‡ูˆ ุญุฑุงู… ุดุฏูŠุฏ ุงู„ุชุญุฑูŠู…ุŒ ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู…

Ertinya: Masalah bersujud di hadapan para syeikh

9. Masalah: Sujud yang dilakukan oleh sebahagian orang di hadapan para syeikh dan seumpamanya, apakah hukumnya?

Jawab: Ia adalah sangat haram. Wallahu aโ€™lam.

Pendapat al-Bujairimi

Di dalam Hasyiah al-Bujairimi Alal Khatib:

ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽุงุตูู„ู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ูุงู†ู’ุญูู†ูŽุงุกูŽ ู„ูู…ูŽุฎู’ู„ููˆู‚ู ูƒูŽู…ูŽุง ูŠููู’ุนูŽู„ู ุนูู†ู’ุฏูŽ ู…ูู„ูŽุงู‚ูŽุงุฉู ุงู„ู’ุนูุธูŽู…ูŽุงุกู ุญูŽุฑูŽุงู…ูŒ ุนูู†ู’ุฏูŽ ุงู„ู’ุฅูุทู’ู„ูŽุงู‚ู ุฃูŽูˆู’ ู‚ูŽุตู’ุฏู ุชูŽุนู’ุธููŠู…ูู‡ูู…ู’ ู„ูŽุง ูƒูŽุชูŽุนู’ุธููŠู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽูƒููู’ุฑูŒ ุฅู†ู’ ู‚ูŽุตูŽุฏูŽ ุชูŽุนู’ุธููŠู…ูŽู‡ูู…ู’ ูƒูŽุชูŽุนู’ุธููŠู…ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰.

Ertinya: Kesimpulannya ialah bahawa membongkok kepada makhluk sebagaimana yang dilakukan ketika bertemu pembesar adalah haram ketika ia dilakukan secara itlaq (tanpa apa-apa maksud), atau kerana mengagungkan mereka tidak sebagaimana mengagungkan Allah. Dan kafir hukumnya jika diniatkan mengagungkan mereka sebagaimana mengagungkan Allah Taala.

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽู†ูŽุณู ุจู’ู†ู ู…ูŽุงู„ููƒู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุฌูู„ูŒ ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุฌูู„ู ู…ูู†ู‘ูŽุง ูŠูŽู„ู’ู‚ูŽู‰ ุฃูŽุฎูŽุงู‡ู ุฃูŽูˆู’ ุตูŽุฏููŠู‚ูŽู‡ู ุฃูŽูŠูŽู†ู’ุญูŽู†ููŠ ู„ูŽู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽุง ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽููŽูŠูŽู„ู’ุชูŽุฒูู…ูู‡ู ูˆูŽูŠูู‚ูŽุจู‘ูู„ูู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽุง ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽููŽูŠูŽุฃู’ุฎูุฐู ุจููŠูŽุฏูู‡ู ูˆูŽูŠูุตูŽุงููุญูู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู†ูŽุนูŽู…ู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุจููˆ ุนููŠุณูŽู‰ ู‡ูŽุฐูŽุง ุญูŽุฏููŠุซูŒ ุญูŽุณูŽู†ูŒ

Daripada Anas bin Malik r.a. katanya, seorang lelaki telah bertanya: โ€œWahai Rasulullah, salah seorang dari kami apabila bertemu dengan saudaranya yang lain atau sahabatnya apakah boleh menundukkan kepala kepadanya?

Rasulullah s.a.w. menjawab: โ€œTidak.โ€

Dia berkata; Seseorang bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah kami harus menundukkan kepala apabila salah seorang dari kami bertemu dengan saudaranya atau sahabatnya?” beliau menjawab: “Tidak.” Ia bertanya; “Apakah dia harus mendekap dan menciumnya?” beliau menjawab: “Tidak.” Orang itu bertanya lagi; “Apakah harus meraih tangannya dan menjabatnya?” beliau menjawab: “Ya.” Abu Isa berkata; Hadits ini hasan shahih.

Kesimpulan Hukum Sujud Kepada Makhluk

Sebagai umat Islam dan umat tauhid sewajarnya kita menjauhkan diri dari perkara-perkara yang akan membawa kita ke arah syirik kepada Allah samada dengan sujud kepada makhluk atau sebagainya.

Apa hukum tunduk, rukuk dan sujud kepada makhluk

Hukumnya adalah haram dan boleh membawa kepada syirik jika mengagungkan makhluk berkenaan seperti mengagungkan Allah.