Kalau seorang perempuan mengalami keguguran, bagaimana cara nak uruskan janin atau bayi yang gugur itu. Dalam artikel ini ada menjelaskan tentang 3 keadaan cara urus bayi yang gugur.
3 Keadaan Ketika Bayi Lahir
Bayi yang dilahirkan boleh dibahagikan kepada 3 keadaan:
Urus Bayi Yang Gugur: Hidup Kemudian Mati
Keadaan Pertama: Dilahirkan dalam keadaan hidup, kemudian mati. Bayi ini hendaklah:
Dimandikan
Dikafankan
Disembahyangkan
Dikebumikan
Urus Bayi Yang Gugur: Mati Tanpa Tanda Pernah Hidup
Keadaan Kedua: Dilahirkan tanpa ada tanda-tanda bayi itu hidup. Bayi ini hendaklah:
Dimandikan
Dikafankan
Dikebumikan
Maksud ada tanda-tanda hidup ialah ada salah satu dari perkara berikut:
Bernafas
Bergerak
Bersuara
Urus Bayi Yang Gugur: Tidak Dalam Bentuk Lembaga Manusia
Keadaan Ketiga: Dilahirkan tidak dalam bentuk lembaga manusia. Bayi ini hendaklah:
Dikebumikan
Maksud berbentuk lembaga manusia:
Ada 2 kaki, 2 tangan, jari-jemari, muka, hidung dan sebagainya.
Maksud tiada bentuk lembaga manusia:
Cuma ketulan daging atau ketulan darah sahaja.
Urus Bayi Yang Gugur: Darah Yang Keluar Selepas Keguguran
Terjemahan:Sama sahaja pada hukum nifas, samada anak yang lahir itu sempurna sifat atau kurang sifatnya atau telah mati atau keluar dalam bentuk mudghah (ketulan daging) atau alaqah (segumpal darah), dan menurut qawafil (bidan): Ia adalah permulaan kejadian penciptaan manusia, maka darah yang keluar selepasnya adalah darah nifas.
Ringkasan Hukum
3 Keadaan Cara Urus Bayi Yang Gugur
Dilahirkan dalam keadaan hidup, kemudian mati: Dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan
Dilahirkan tanpa ada tanda-tanda bayi itu hidup: Dimandikan, dikafankan dan dikebumikan
Dilahirkan tidak dalam bentuk lembaga manusia: Dikebumikan
Pengasas dan pentadbir pusat rujukan digital Al-Ahkam. Mendedikasikan masa dalam penyelidikan teknologi maklumat dan pengurusan pangkalan data pendidikan.