๐Ÿ  UtamaยปSoal JawabยปSahkah Kebumi Jenazah Kanak-Kanak Tanpa Solat?...

Sahkah Kebumi Jenazah Kanak-Kanak Tanpa Solat? Ini Penjelasan Ulama

โฑ๏ธ Masa bacaan: anggaran 3 minit

Kebumi Jenazah Kanak-Kanak Tanpa Solat: Masalah yang Berlaku

Soalan: Pernah berlaku di kampung saya, seorang kanak-kanak meninggal dunia. Mayat berkenaan diuruskan seperti biasa; dimandikan dan dikafankan. Namun, orang kampung terus mengebumikan jenazah kanak-kanak berkenaan tanpa disembahyangkan terlebih dahulu kerana beranggapan mayat kanak-kanak tidak perlu disolatkan. Mohon pencerahan, apakah hukum kebumi jenazah tanpa solat?

Ringkasan Fatwa

Hukum menyembahyangkan jenazah adalah fardu kifayah, tidak kira jenazah dewasa mahupun kanak-kanak. Jika jenazah dikebumikan sebelum disolatkan, seluruh ahli kariah yang mengetahui hal itu menanggung dosa (jika tiada keuzuran). Walau bagaimanapun, kubur tersebut TIDAK BOLEH digali semula. Tuntutan fardu kifayah itu gugur dengan cara mendirikan solat jenazah di atas kuburnya.

Huraian Jawapan:

Pengurusan jenazah kanak-kanak sering menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat. Ada yang beranggapan tubuh kecil yang belum baligh itu suci lalu boleh terus dikebumikan tanpa solat jenazah. Namun, adakah amalan ini dibenarkan oleh syarak? Adakah perbuatan ini mengundang dosa kepada penduduk kampung, dan perlukah kubur digali semula? Mari kita telusuri panduan muktamad daripada ulama mazhab Syafie

Menurut Imam al-Nawawi di dalam Minhaj al-Tholibin:

ูˆูŽูŠูŽุฌูุจู ุชูŽู‚ู’ุฏููŠู…ูู‡ูŽุง ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ุฏูŽู‘ูู’ู†ู ูˆูŽุชูŽุตูุญูู‘ ุจูŽุนู’ุฏูŽู‡ู

Ertinya: “Wajib mendahulukan solat sebelum mengkebumikan jenazah. Dan sah solat jenazah selepas dikebumikan.”

Maksudnya, sebelum dikebumikan, jenazah wajib disolatkan dahulu. Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami di dalam Tuhfatul Muhtaj menjelaskan tentang maksud perkataan Imam al-Nawawi; jika pengkebumian jenazah dilakukan sebelum disembahyangkan, maka berdosalah setiap orang yang tahu mengenainya dan tidak ada keuzuran.

Menurut Syeikh lagi, tuntutan fardu kifayah sembahyang ke atas jenazah hanya akan gugur dengan cara menyembahyangkan jenazah berkenaan di atas kuburnya.

Syeikh al-Khatib al-Syirbini pula di dalam Mughnil Muhtaj menjelaskan hal yang sama, iaitu sembahyang jenazah wajib dilakukan sebelum pengkebumian. Manakala mandi atau tayamum (ketika tiada air) hendaklah dilakukan sebelum sembahyang jenazah.

Adakah kubur perlu digali semula untuk disolatkan?

Tidak. Menurut Syeikh al-Khatib al-Syirbini, sembahyang jenazah hendaklah dilakukan setelah jenazah berada di dalam kubur. Tidak boleh digali kubur berkenaan semata-mata untuk disembahyangkan. Sembahyang ini sah dilakukan di atas kubur, dan tuntutan kewajipan fardu kifayah tadi secara automatik akan terhapus.

Sumber Rujukan Arab:

Tuhfatul Muhtaj:

Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami di dalam Tuhfatul Muhtaj:

ูˆูŽูŠูŽุฌูุจู ุชูŽู‚ู’ุฏููŠู…ูู‡ูŽุง ุฃูŽูŠู’ ุงู„ุตูŽู‘ู„ูŽุงุฉู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ุฏูŽู‘ูู’ู†ู ู„ูุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ู ุงู„ู’ู…ูŽู†ู’ู‚ููˆู„ู ููŽุฅูู†ู’ ุฏูููู†ูŽ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽู‡ูŽุง ุฃูŽุซูู…ูŽ ูƒูู„ูู‘ ู…ูŽู†ู’ ุนูŽู„ูู…ูŽ ุจูู‡ู ูˆูŽู„ูŽู…ู’ ูŠูุนู’ุฐูŽุฑู’ ูˆูŽุชูŽุณู’ู‚ูุทู ุจูุงู„ุตูŽู‘ู„ูŽุงุฉู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู‚ูŽุจู’ุฑู

Mughnil Muhtaj:

Di dalam Mughnil Muhtaj al-Khatib al-Syarbini menyatakan:

ููŽุฅูู†ู’ ุฏูููู†ูŽ ู…ูู†ู’ ุบูŽูŠู’ุฑู ุตูŽู„ูŽุงุฉู ุฃูŽุซูู…ูŽ ูƒูู„ูู‘ ู…ูŽู†ู’ ุชูŽูˆูŽุฌูŽู‘ู‡ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ููŽุฑู’ุถู ุงู„ุตูŽู‘ู„ูŽุงุฉู ุฅู„ูŽู‘ุง ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽูƒููˆู†ูŽ ุนูุฐู’ุฑูŒุŒ ูˆูŽูŠูุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ูููŠ ุงู„ู’ู‚ูŽุจู’ุฑู ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูู†ู’ุจูŽุดู ู„ูุฐูŽู„ููƒูŽ

Lihat juga artikel berkaitan dengan pengurusan jenazah di sini:

Hukum Kebumikan jenazah pada waktu malam

Nak Buat Macamana Kalau Mayat Dikuburkan Tanpa Disolatkan?

3 Keadaan Cara Urus Bayi Yang Gugur

Zainudin bin Yusro

Zainudin bin Yusro

Penyusun & Pengkaji Laman
Pengasas dan pentadbir pusat rujukan digital Al-Ahkam. Mendedikasikan masa dalam penyelidikan teknologi maklumat dan pengurusan pangkalan data pendidikan.