🏠 Utama»Al-Fawa'id»Nak Buat Macamana Kalau Mayat Dikuburkan...

Nak Buat Macamana Kalau Mayat Dikuburkan Tanpa Disolatkan?

⏱️ Masa bacaan: anggaran 1 minit

Artikel ini menjelaskan tentang nak buat macamana kalau ada mayat yang dikuburkan tanpa disolatkan.

Oleh Zainudin Yusro

Wajib Digali Semula

Dikuburkan tanpa disolatkan tidak termasuk

Syeikh Zainuddin al-Malibari di dalam Fathul Muin menyenaraikan kubur yang wajib digali semula:

  1. Mayat yang dikebumikan tanpa dimandikan atau ditayamum. Namun, jika mayat itu telah berubah sekalipun perubahan itu baunya busuk, maka haram membongkarnya.
  2. Kerana ada harta orang lain yang tertanam sekali dengan mayat. Contohnya, ada harta yang terjatuh ke dalam kubur, sekalipun pemiliknya tidak menuntutnya.

Boleh Digali Semula

Dikuburkan tanpa disolatkan juga tidak termasuk di sini

Seterusnya Fathul Muin menyebutkan sebab yang tidak dibenarkan untuk membongkar kubur, iaitu:

  1. Kerana mahu mengkafankannya jika mayat dikebumikan tanpa dikafankan.
  2. Kerana mahu menyembahyangkannya setelah tanah dikambus.

Dikuburkan Tanpa Disolatkan

Di dalam I’anah al-Tholibin menyatakan mengapa tidak boleh dibongkar untuk menyembahyangkannya? Kerana tuntutan menyembahyangkannya gugur dengan solat di atas kubur.

Kembali kepada masalah: Apakah Boleh Menggali Kubur Kerana Mayat Tidak Disolatkan

Jawabnya: Tidak boleh membongkar atau menggali kubur kerana mahu menyembahyangkannya.

Leave a Comment