๐Ÿ  UtamaยปSoal JawabยปBolehkah Bayar Kaffarah atau Fidyah Dengan...

Bolehkah Bayar Kaffarah atau Fidyah Dengan Makanan Masak atau Wang?

Soalan daripada: Hamba Allah
โฑ๏ธ Masa bacaan: anggaran 2 minit

Oleh Zainudin bin Yusro

Walaupun penjelasan di bawah ini adalah berkenaan dengan kaffarah orang yang bersetubuh pada siang Ramadhan, namun ia merangkumi kaffarah lain dan pembayaran fidyah.

Kaffarah Bersetubuh Pada Siang Ramadhan

Kaffarah orang yang bersetubuh pada siang bulan Ramadhan adalah berdasarkan susunan berikut:

  • Memerdekakan seorang hamba mukmin, jika tidak mampuโ€ฆ
  • Hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak mampu..
  • Hendaklah dia memberi makan (ุฅูุทู’ุนูŽุงู…ู) 60 orang miskin atau fakir sebanyak satu mud untuk setiap orang.

Persoalan: Makanan Apa? Bagaimana Caranya?

Persoalan yang timbul di sini ialah apa maksud (ุฅูุทู’ุนูŽุงู…ู) memberi makan? Makanan apa yang wajib diberikan kepada mereka? Bagaimana cara memberi makan? Apakah dengan cara kita memasaknya lalu memanggil 60 fakir atau miskin, lalu diberi makan masakan berkenaan? Atau bagaimana?

Makanan apa yang wajib diberikan kepada 60 fakir dan miskin ini?

Menurut Fathul Qorib makanan yang dimaksudkan ialah:

ย (ุฃูŠ ู…ู…ุง ูŠุฌุฒุฆ ููŠ ุตุฏู‚ุฉ ุงู„ูุทุฑ)

Ertinya: Iaitu makanan dari jenis yang memadai pada zakat fitrah (dari jenis makanan sama seperti zakat fitrah).

Al-Bajuri memberi penjelasan lebih terperinci:

ุฃูŠ ุงู„ุฐูŠ ู‡ูˆ ุบุงู„ุจ ู‚ูˆุช ุจู„ุฏู‡ ู…ู† ุงู„ุฃู‚ูˆุงุช ุงู„ุณุงุจู‚ุฉ ููŠ ุฒูƒุงุฉ ุงู„ูุทุฑ

Ertinya: Iaitu makanan ruji negerinya sebagaimana yang telah lalu dalam bab zakat fitrah.

 

Bagaimana bentuk atau cara memberi makan?

Menurut al-Bajuri, maksud (ููŽุฅูุทู’ุนูŽุงู…ู ุณูุชูู‘ูŠู’ู†ูŽ ู…ูุณู’ูƒููŠู’ู†ู‹ุง) ุฃูŽูˆู’ููŽู‚ููŠู’ุฑู‹ุง) ย ialah:

ู‚ูˆู„ู‡ (ูุงุทุนุงู… ุณุชูŠู† ุงู„ุฎ) ุฃูŠ ุชู…ู„ูŠูƒ ุณุชูŠู† ุงู„ุฎุŒ ูˆู„ูŠุณ ุงู„ู…ุฑุงุฏ ุฃู† ูŠุฌุนู„ ุฐู„ูƒ ุทุนุงู…ุง ูˆูŠุทุนู…ู‡ู… ุงูŠุงู‡ ูู„ูˆ ุบุฏุงู‡ู… ุฃูˆ ุนุดุงู‡ู… ู„ู… ูŠูƒู.

Ertinya: (Memberi makan 60 dan seterusnya..) Bermaksud memberi pemilikan kepada 60 fakir miskin.. Dan seterusnya. Ia bukanlah bermaksud dia membuat makanan dan menjamu mereka makan. Kalaulah dia menjamu mereka makan tengahari atau makan malam, maka hal ini tidaklah memadai.

Menurut Iโ€™anah al-Tholibin dengan ibarat yang lebih kurang sama:

(ู‚ูˆู„ู‡: ูุฅุทุนุงู… ุณุชูŠู† ุฅู„ุฎ) ุฃูŠ ุชู…ู„ูŠูƒ ุณุชูŠู† ู…ุณูƒูŠู†ุง ุฃูˆ ูู‚ูŠุฑุงุŒ ูƒู„ ูˆุงุญุฏ ู…ุฏ ุทุนุงู…. ูˆู„ูŠุณ ุงู„ู…ุฑุงุฏ ุฃู† ูŠุฌุนู„ ุฐู„ูƒ ุทุนุงู…ุง ูˆูŠุทุนู…ู‡ู… ุฅูŠุงู‡ุŒ ูู„ูˆ ุบุฏุงู‡ู… ุฃูˆ ุนุดุงู‡ู… ู„ู… ูŠูƒู.

Ertinya: Memberi makan 60 fakir miskin.. Bermaksud memberi pemilikan kepada 60 orang miskin dan fakir, setiap seorang satu mud makanan. Bukanlah yang dimaksudkan memberi makan di sini: Membuat makanan lalu menjamu mereka. Kalaulah mereka diberi makan tengahari atau malam, itu tidak memadai.

Namun menurut beberapa fatwa, termasuk fatwa dari Darul Iftaโ€™ Mesir dan Fatwa dari Mufti Wilayah Persekutuan membolehkan memberi makan (ุงุทุนุงู…) dengan makanan yang telah siap dimasak atau menggantikannya dengan wang. Fatwa ini adalah berdasarkan mazhab Hanafi.

KESIMPULAN

  1. Fidyah atau kaffarah menurut mazhab al-Syafiโ€™I mestilah dibayar dengan memberi kepada orang fakir dan miskin makanan ruji negeri pembayar. Jumlah orang miskin dan fakir bergantung kepada jenis fidyah dan kaffarah.
  2. Cara memberi makan kepada miskin dan fakir adalah dengan memberi mereka makanan ruji berkenaan dalam keadaan mentah. Tidak boleh yang dimasak atau tidak boleh digantikan dengan matawang atau sebagainya.
  3. Sebahagian mufti berfatwa berdasarkan mazhab Hanafi yang membenarkan pemberian makanan dalam bentuk yang telah dimasak atau dibayar dengan nilai matawang.

ู‚ูˆู„ู‡ (ูุงุทุนุงู… ุณุชูŠู† ุงู„ุฎ) ุฃูŠ ุชู…ู„ูŠูƒ ุณุชูŠู† ุงู„ุฎุŒ ูˆู„ูŠุณ ุงู„ู…ุฑุงุฏ ุฃู† ูŠุฌุนู„ ุฐู„ูƒ ุทุนุงู…ุง ูˆูŠุทุนู…ู‡ู… ุงูŠุงู‡ ูู„ูˆ ุบุฏุงู‡ู… ุฃูˆ ุนุดุงู‡ู… ู„ู… ูŠูƒู.

(ู‚ูˆู„ู‡: ูุฅุทุนุงู… ุณุชูŠู† ุฅู„ุฎ) ุฃูŠ ุชู…ู„ูŠูƒ ุณุชูŠู† ู…ุณูƒูŠู†ุง ุฃูˆ ูู‚ูŠุฑุงุŒ ูƒู„ ูˆุงุญุฏ ู…ุฏ ุทุนุงู…. ูˆู„ูŠุณ ุงู„ู…ุฑุงุฏ ุฃู† ูŠุฌุนู„ ุฐู„ูƒ ุทุนุงู…ุง ูˆูŠุทุนู…ู‡ู… ุฅูŠุงู‡ุŒ ูู„ูˆ ุบุฏุงู‡ู… ุฃูˆ ุนุดุงู‡ู… ู„ู… ูŠูƒู.