Al-Syama'il: Bab 12. Cincin Rasulullah (8 Hadis)

Primary tabs

 

No

Tajuk

الموضوع

BAB

12

Cincin Rasulullah (8 Hadis)

بَابُ مَا جَاءَ فِي ذِكْرِ خَاتَمِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

88

1. Anas bin Malik berkata:

Cincin Rasulullah diperbuat daripada perak dan batunya adalah batu hitam Habsyi. (Diriwayatkan oleh Tirmizi Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Nasa’i)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: «كَانَ خَاتَمُ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ وَرِقٍ، وَكَانَ فَصُّهُ حَبَشِيًّا»

89

2. Ibnu Umar meriwayatkan:

Rasulullah membuat cincin daripada perak. Baginda menggunakan cincin itu sebagai cap mohor, bukan memakainya (di jari). (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Nasa’i)

عَنِ ابْنِ عُمَرَ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ فِضَّةٍ، فَكَانَ يَخْتِمُ بِهِ وَلَا يَلْبَسُهُ. قَالَ أَبُو عِيسَى: " أَبُو بِشْرٍ اسْمُهُ جَعْفَرُ بْنُ أَبِي وَحْشِيَّةَ

90

3. Anas bin Malik berkata:

Cincin Rasulullah diperbuat daripada perak, matanya juga daripada perak.(Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Nasa’i)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: «كَانَ خَاتَمُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ فِضَّةٍ فَصُّهُ مِنْهُ»

91

4. Anas bin Malik berkata:

Ketika Rasulullah hendak menulis surat kepada penguasa negara asing, ada yang berkata kepada Baginda, “Bangsa asing itu tidak akan menerima surat melainkan diletakkan cap (mohor). Oleh itu, Rasulullah pun menempah sebentuk cincin.

 

Anas berkata, “Aku seolah-olah dapat membayangkan cincin yang putih di telapak tangan Baginda.” (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Muslim dan Abu Daud)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: " لَمَّا أَرَادَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَكْتُبَ إِلَى الْعَجَمِ قِيلَ لَهُ: إِنَّ الْعَجَمَ لَا يَقْبَلُونَ إِلَّا كِتَابًا عَلَيْهِ خَاتَمٌ، فَاصْطَنَعَ خَاتَمًا فَكَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى بَيَاضِهِ فِي كَفِّهِ"

92

5. Anas bin Malik berkata:

Ukiran cincin Rasulullah adalah tulisan Muham­mad pada satu baris, Rasul pada satu baris dan Al­lah pada satu baris. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Bukhari)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: " كَانَ نَقْشُ خَاتَمِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مُحَمَّدٌ سَطْرٌ، وَرَسُولٌ سَطْرٌ، وَاللَّهُ سَطْرٌ "

93

6. Anas bin Malik berkata:

Ketika Rasulullah menulis surat kepada Kisra (Raja Persia), Kaisar (Raja Romawi) dan Najasyi (Raja Abisinia), ada yang memberitahu Baginda, pembesar-pembesar itu tidak menerima surat kecuali diletakkan cap (mohor). Oleh itu, Rasulullah menempah sebentuk cincin yang diperbuat daripada perak dan diukir Muhammad Rasulullah. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Muslim)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَتَبَ إِلَى كِسْرَى وَقَيْصَرَ وَالنَّجَاشِيِّ، فَقِيلَ لَهُ: إِنَّهُمْ لَا يَقْبَلُونَ كِتَابًا إِلَّا بِخَاتَمٍ فَصَاغَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَاتَمًا حَلْقَتُهُ فِضَّةٌ، وَنُقِشَ فِيهِ: مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ"

94

7. Anas bin Malik berkata: Apabila Rasulullah hendak masuk ke bilik air, Baginda menanggalkan cincinnya. (Diriwayatkan oleh Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah)

عَنْ أَنَسٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا دَخَلَ الْخَلَاءَ نَزَعَ خَاتَمَهُ"

95

8. Ibnu Umar berkata:

Rasulullah menempah sebentuk cincin daripada pe­rak. Cincin itu dipakai di jari Baginda.

 

Selepas Baginda wafat, cincin itu berpindah ke tangan Abu Bakar, kemudian ke tangan Umar, kemudian ke tangan Uthman sehingga akhirnya ia jatuh ke perigi Aris yang terletak dekat Masjid Quba.

 

Ukiran pada cincin itu adalah Muhammad Rasulullah.

عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: " اتَّخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَاتَمًا مِنْ وَرِقٍ، فَكَانَ فِي يَدِهِ ثُمَّ كَانَ فِي يَدِ أَبِي بَكْرٍ، وَيَدِ عُمَرَ، ثُمَّ كَانَ فِي يَدِ عُثْمَانَ، حَتَّى وَقَعَ فِي بِئْرِ أَرِيسٍ نَقْشُهُ: مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ "

 

Disediakan oleh: zain y.s (al-ahkam.net 2014)