SJ-2519: Air mazi keluar selepas solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2519: Air mazi keluar selepas solat

Assalamualaikum!
Syukur kepada Allah atas usaha tuan membangunkan laman web ini untuk faedah umat Islam. Saya do'akan semuga Allah memberi balasan yang baik atas usaha tuan. Terasa agak lambat bagi saya menemui laman web ini.

Kemusykilan:
Kerapkali selepas bersama dengan isteri saya, selepas mandi junub dan menunaikan solat (biasanya solat Subuh), kadang-kadang masih keluar cecair lekit daripada kemaluan saya. Walaupun pada awalnya saya memang yakin bahawa saya telah membersihkannya. Adakah sah solah saya atau saya perlu ulangi solah tersebut? Wassalam

Re: SJ-2519: Air mazi keluar selepas solat

Jawab:
:wassalam

Kita tidak pasti gap (jarak atau selang waktu) antara jima' dan mandian anda. Jika sebaik sahaja selepas jima' dan anda mandi, kemungkinan saki baki mani masih ada dalam kemaluan. cara yg baik ialah biarkan seluruh organ anda cool down selepas jima' (yakni rihat sekejap) dan selepas itu barulah mandi.
Ini kerana madzi, ialah cecair ghairah dan kita tidak pasti apakah jenis cecair yg keluar dari kemaluan anda. Jika mani dapat dikenali dgn baunya spt mayang kelapa dan orang Arab spt mayang korma, atau macam bau tepung yg diadun dgn telur.

Maka pastikan cecair itu: mani, madzi atau wadi. Jika madzi dan wadi anda hendaklah dibasuh sahaja. WA