SJ - 2716 : Medical claim dan MC

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2716 : Medical claim dan MC

:salam

Saya sudah agak jelas tentang penjelasan pasal penipuan claim/recepit oleh Al fadhil Ustaz Kamin kita.
Tetapi bagaimana pula ttg medical claim atau pemalsuan cuti sakit? Cth:

1. Ahmad baru balik dari kampung dan dia merasa teramat letih dan tidak ada mood nak kerja tetapi dia tdk demam. Dia ke klinik membeli/mengambil sijil cuti sakit :smirk:. Company dia memberi setiap staff 14 hari cuti sakit dlm setahun.

2. Company Ahmad memberi kebenaran membuat medical claim; tetapi untuk diri sendiri sahaja. Anak Ahmad demam, dia membawa ke klinik swasta dan menyuruh pihak klinik membuat recipt atas nama dia. Bolehkah dia claim recipt tersebut :grin:?

:wassalam

Re: SJ - 2716 : Medical claim dan MC

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Jawapan yang cuba kami jawab disini merupakan jawapan yang sama dengan "SJ-2690 : Allowance claim", cuma disesuaikan dengan soalan Semutapi ini, insyallah..

Majikan telah menetapkan peraturan kerja yang telah dipersetujui oleh perkerja semasa mula masuk bekerja. Ini merupakan perjanjian yang dilakukan diantara pekerja dan majikan. Asalkan perjanjian tersebut tidak melanggari batas-batas syariat Islam ia adalah valid. Mematuhi peraturan tersebut ialah ibarat menjalankan amanah yang dipertanggung jawabkan.

Didalam kes no:1, Jika doktor benar-benar merasakan yang Ahmad tidak layak untuk bekerja akibat fatique, maka ia juga boleh dianggap sebagai Cuti Sakit. Akan tetapi jika ia membeli cuti sakit tersebut, sudah pasti ia merupakan satu penipuan, kerana si Ahmad tetap kena mengambil CUTI KECEMASAN yang akan diambil dari cuti tahunan biasanya. Cuti sakit tidak boleh dibeli tanpa pemeriksaan doktor. Ia telah melanggar peraturan kerja, yang dikira sebagai pecah amanah dan juga melakukan penipuan dengan membeli Sijil Cuti tersebut. Cuti sakit yang 14 hari itu hanya untuk orang yang disahkan sakit.

Didalam kes no:2 juga dianggap sebagai Pemalsuan didalam Medical Claim. Kalau majikan meletakkan syarat bahawa anak bukan tanggungan mereka, maka adalah menjadi satu penipuan jika kita melakukan penukaran penama kepada resit. Memang ternyata, hak tersebut hanya diberi kepada si Ahmad, dan anak Ahmad perlu dibayar menggunakan duit Ahmad sendiri dan bukannya wang majikan. Sebab peruntukan kewangan yang disalurkan kepada kewangan syarikat biasanya diletakkan didalam 'pool fund', dimana kesemua rakan kerja didalam syarikat tersebut akan menggunakan peruntukan tersebut bagi tujuan perubatan. Perlakuan Ahmad menggambarkan seolah-olah beliau telah mengambil hak rakan-sekerjanya.

Didalam kes pecah amanah dan penipuan, ia tidak perlu melibatkan duit secara langsung. Malah setiap perbuatan pecah amanah dan penipuan yang dilakukan, secara tidak langsung akan membabitkan orang lain. Hati-hati didalam kes-kes yang seperti ini. Ramai orang-orang yang diaktakan berIlmu agama terjebak didalam kes yang nampak kecil, tapi bisa membawa undangan api neraka! Saya selalu mengingat kan diri saya dan sesiapa sahaja akan hadith pendik ini :

[="#800000" size="3"]ßá áÍã äÈÊ ãä ÓÍÊ ÝÇáäÇÑ Ãæáì Èå
"Setiap daging yang TUMBUH dari perkara yang haram, lebih dulu disambar Api Neraka untuknya"

Bayangkan ubat-ubat yang masuk didalam badan anak AHMAD, yang bersumberkan kepada punca-punca yang tidak diHalalkan oleh majikannya?

Cuba kita reverse (terbalik) kan cerita diatas. Kalau kita atau Ahmad menjadi boss atau majikan kepada pekerja-pekerja yang melakukan 2 kes diatas, APAKAH PERASAAN KITA?? Sudah tentu perkataan pertama yang keluar dari mulut kita ialah : ITU PUN NAK TIPU KE??

Berkata Muhammad al-Mahmood al-Najdi :

[="#0000ff" size="3"]æáÇ ÈÏ Ãä íÞæã ÇáÚÇãá ÈÌãíÚ ÇáÃÚãÇá ÇáãæßáÉ Åáíå Úáì ÇáæÌå ÇáÐí íÑÖí Çááå ÊÚÇáì ãÕÏÇÞÇð áÞæáå ÊÚÇáì : ( íÇ ÃíåÇ ÇáÐíä ÂãäæÇ ÃæÝæÇ ÈÇáÚÞæÏ ) ÇáãÇÆÏÉ /1
"Tidak boleh tidak, seorang pekerja harus melakukan semua kerja-kerja yang dipersetujui olehnya [dengan majikan] didalam keadaan yang diredhai Allah dan menurut firman Allah : {Wahai orang-orang yang beriman penuhilah aqad-aqad itu} [al-Maa’idah 5:1]"

wallahu 'alam

-wassalam-

خيرالأمين