SJ - 2785 : Mengumandangkan Bacaan al-Quraan Ketika Berlaku

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
SJ - 2785 : Mengumandangkan Bacaan al-Quraan Ketika Berlaku

:salam

Ada lelaki meninggal dunia di kawasan saya baru-baru ini.
Salah seorang AJK surau memberitahu hal itu melalui corong pembesar suara yang berada di surau. Kemudian beliau memasang kaset mengumandangkan bacaan al-quran melalui corong pembesar suara di surau. Saya tidak tahu apa sebabnya beliau berbuat demikian. Jenazah diuruskan di dalam surau. Orang ramai duduk-duduk, berbual-bual dan hisap rokok sambil menunggu jenazah diurus.

Pertanyaan, sepanjang yang tuan tahu:

1. Adakah memberitahu tentang sesuatu kematian melalui pembesar suara seperti itu dibolehkan oleh agama?
2. Adakah mengumandangkan bacaan al-quran melalui pembesar suara seperti itu dibolehkan oleh agama?
3. Adakah duduk-duduk ngombrol seperti itu dibolehkan oleh agama?
4. Antara pelbagai aktiviti di atas (memberitahu tentang kematian, memasang kaset untuk mengumandangkan bacaan al-quraan, duduk-duduk ngombol, mengurusi jenzah sambil berbual)... golongan yang mana satukah yang aktivitinya tidak memperoleh dosa?

Mohon bantuan dan huraian. T.kasih

:wassalam

Re: SJ - 2785 : Mengumandangkan Bacaan al-Quraan Ketika Berl

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah, kami akan cuba menjawab soalan Tuan Jawana dengan kemampuan yang terbatas, insyaallah.

Scenario seperti yang Tuan sebutkan diatas, telah menjadi satu fenomena didalam kehidupan masyarakat seharian. Kadangkala berlakunya semacam percampuran diantara baik dan buruk, halal dan haram (ustaz Ismail Kamus panggil 'hailam'). Untuk tidak memanjangkan cerita, kita akan cuba menjawab soalan yang dipaparkan oleh Tuan Jawana menurut urutannya.

1. Adakah memberitahu tentang sesuatu kematian melalui pembesar suara
seperti itu dibolehkan oleh agama?

Memberitahu tentang sesuatu kematian itu merupakan sunnah Rasulullah saw. Ini berfungsi sebagai mengajak orang Islam melakukan solat janazah keatas orang yang mati. Kita dapat lihat didalam Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari (no:1337) dan Muslim (no:956),

[="#ff00000" size="3"]) ãä ÍÏíË ÃÈí åÑíÑÉ Ãä ÃÓæÏó _ ÑÌáÇ Ãæ ÇãÑÃÉ _ ßÇä íÞã ÇáãÓÌÏ , ÝãÇÊ , æáã íÚáã ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÈãæÊå , ÝÐßÑå ÐÇÊ íæã ÝÞÇá : " ãÇ ÝÚá Ðáß ÇáÅäÓÇä ¿ " . ÞÇáæÇ : ãÇÊ íÇ ÑÓæá Çááå . ÞÇá : " ÃÝáÇ ÂÐäÊãæäí ¿ " . ÝÞÇáæÇ : Åäå ßÇä ßÐÇ æßÐÇ _ ÞÕÊå _ ÞÇá : ÝÍÞÑæÇ ÔÃäå . ÞÇá : " ÝÏáæäí Úáì ÞÈÑå " . ÝÃÊì ÞÈÑå ÝÕáì Úáíå .
"dari hadith Abu Hurairah bahawa seorang lelaki atau perempuan berkulit hitam - yang biasanya membersihkan masjid telah mati, dan Nabi saw tidak mengetahui mengenai kematian ini. Beliau menyebuat akan dia pada suatu hari dan bertanya :'Apa yang terjadi kepada orang tersebut?' Maka berkata :'Dia mati ya Rasulullah. baginda bertanya : 'Kenapa kamu tidak memberitahu ku?'. Maka berkata : 'Sesungguhnya itu ...dan itu ...' (seolah-olah tidak mustahak). Baginda berkata :'Tunjukkanku kuburnya' . Maka baginda pergi dan bersolah jenazah."

Hadith ini mendatangkan 2 hukum penting, memberitahu akan kematian dan menawarkan solat jenazah kepada simati walaupun sudah dikebumikan.

Diriwayatkan juga oleh al-Bukhari dan Muslim (no:1333) dan Muslim (no:951), dari Abu Hurairah bahawa Nabis saw mengumumkan kematian al-Najaasi dihari beliau mati [="#ff00000" size="3"]{åÑíÑÉ Ãä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã äÚì ÇáäÌÇÔí Ýí Çáíæã ÇáÐí ãÇÊ Ýíå}, dan bersama-sama jemaah ke musalla, membariskan saf dan bertakbir sebanyak 4 kali Takbir (Solat Jenazah).

Load speaker hanyalah alat menyampaikan pengumuman tersebut, dan tidaklah dikatakan menyalahi agama perbuatan tersebut.

2. Adakah mengumandangkan bacaan al-quran melalui pembesar suara seperti itu
dibolehkan oleh agama?

Mendengarkan bacaan al-quran itu adalah satu amalan yang baik, akan tetapi apabila dikaitkan amalan ini dengan sesuatu amalan yang lain, yang mana tidak ada nas dah dalil jelas, perbuatan itu sudah dikira sebagai amalan yang baru, iaitu bid'ah. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani didalam buku Hajjatu Al-Nabi (Haji Nabi saw, ms 101) memberi contoh seperti membaca Azan sebelum Solat Eid atau Azan sebelum kafan mayat merupakan perbuatan yang perlu ditinggalkan.

Pesoalan mengumandangkan bacaan Al-Quran secara kuat didalam masjid telah dijelaskan oleh ulama' al-Lajnah al-Daaimah (2/353) didalam fatwanya :

[="#0000ff" size="3"]áÇ äÚáã ÏáíáÇð íÏá Úáì æÞæÚ Ðáß Ýí ÚåÏ ÇáÑÓæá Õáì Çááå Úáíå æÓáã ¡ æáÇ äÚáã ÃÍÏÇð ãä ÇáÕÍÇÈÉ Úãá Èå ¡ æßÐáß ÇáÇÈÊåÇáÇÊ ÇáÊí ÊÓÈÞ ÇáÂÐÇä ááÝÌÑ ÈãßÈÑÇÊ ÇáÕæÊ ÝßÇäÊ ÈÏÚÉ æßá ÈÏÚÉ ÖáÇáÉ ¡ æÞÏ ËÈÊ Ãä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÞÇá : ( ãä ÃÍÏË Ýí ÃãÑäÇ åÐÇ ãÇ áíÓ ãäå Ýåæ ÑÏ ) ÇáÈÎÇÑí Ýí ÇáÕáÍ (2697) æãÓáã Ýí ÇáÃÖÍíÉ (1718) .
"kami tidak mengetahui akan dalil bahawa perkara ini berlaku pada zaman Rasulullah saw, dan tidak pula kami mengetahui dari sahabat-sahabat yang melakukannya (membaca Al-Quran secara kuat pad hari Jumaat sebelum zohor). Begitu juga dengan do'a yang dibaca secara berlagu melalui load speaker sevelum azan Fajar juga dikira bid'ah, dan setiap yang bid'ah itu sesat. Telah thabit dari nabi saw sabda beliau :'Barangsiapa yang mengadakan sesuatu perkara kami (Islam) yang bukan darinya, maka ia adalah tertolak'. (Riwayat al-Bukhaari didalam al-Sulh, 2697; Muslim didalam al-Udhiyah, 1718)"

Sheikh Al-Albani juga menyenaraikan didalam buku Ahkaam al-Janaa’iz (ms. 308) bahawa salah satu bid'ah setelah mati seseorang ialah :

[="#0000ff" size="3"]ÞÑÇÁÉ ÇáÞÑÂä ÚäÏ ÇáãíÊ ÍÊì íÈÇÔÑ ÈÛÓáå
"membaca al-Quran disini mayat sehingga ia dibawa untuk dimandikan"

Ini termasuklah kata Al-Albani perbuatan-perbuatan seperti membaca tujuh surah (no:92,ms 318), membaca al-Fatihah dikepala mayat (no:93, ms318), dsb adalah bid'ah.

3. Adakah duduk-duduk ngombrol seperti itu dibolehkan oleh agama?

Ngombrol, bercakap kuat, menangis. mmbaca zikir dengan kuat disisi mayat adalah perbuatan bid'ah.. Qays ibn 'Abbaad berkata :

[="#ff00000" size="3"]" ßÇä ÃÕÍÇÈ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã íßÑåæä ÑÝÚ ÇáÕæÊ ÚäÏ ÇáÌäÇÆÒ " .
"Para Sahabat Rasulullah saw menganggap makruh menaikkan suara ketika disisi mayat".

Seelok-eloknya hendaklah berdiam sahaja semasa menghadiri majlis kematian ini. Dr Syed Sabiq didalam buku Fiqh Al-Sunnah (1/410):

"Berkata Al-Nawawi : ketahuilah bahawa cara yang paling baik berada disisi jenazah ialah berada dialam keadaan diam sebagaimana perbuatan salaf. Seseorang tidak dibenarkan menaikkan suara dengan membaca (al-Quran), dn berzikir atau yang lain-lainnya. Sesungguhnya berdiam diri itu lebih baik dan membantu didalam tumpuan seseorang itu didalam upacara jenazah, yang dikehendaki disetiap masa"

Mengucapkan Ta'ziah [="#0000ff" size="5"](ÇáÊÚÒíÉ ) kepada keluarga si mati dibolehkan. Ini adalah sebahagian memberi kekuatan dan pertolongan agar keluarga si mati dapat bersabar. Boleh diucapkan sebagaimana yang diucapkan oleh Nabi saw atau pun berkata dengan perkataan-perkataan yang baik-baik. Diriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda :

[="#ff00000" size="3"]Åä ááå ãÇ ÃÎÐ æáå ãÇ ÃÚØì æßá ÔíÁ ÚäÏå Åáì ÃÌá ãÓãì ÝáÊÕÈÑ æáÊÍÊÓÈ
"Kepada Allah empunya apa yang telah diambil dan apa ia berikan, dan segala sesuatu disisinya akan menemui ajal, maka bersabar dan mengharapkan ganjaran" - (Hadith riwayat al-Bukhaari al-Janaa’iz, 1204)

4. Soalan ini telah terjawab, sudah tentu soalan no:2 dan 3 itu adalah perkara yang tidak elok dilakukan. Manakala no:1 atau mengumumkan sesuatu kematian, adalah digalakkan agar ia dapat mengajak ramai-ramai orang bersolatkan keatas janazah tersebut. Apa yang penting, ialah mendo'akan agar Allah swt mengampunkan si mati tersebut, telah diriwayatkan bahawa Nabi saw penah berdiri ditepi kubur dan berkata :

[="#ff00000" size="3"]ÇÓÊÛÝÑæÇ áÃÎíßã ÝÅäå ÇáÂä íÓÃá
"Mohon ampunlah keatas saudara kamu, sesungguhnya ia sedang disoal sekarang" (fatwa al-Daaimah, 9/16).

wallahu 'alam

-wassalam-
-------

Rujukan :

1. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta - vol 2 dan 9. Riyad : Dar Al-Mu'ayad, 2000.

2. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Hajjatu Al-Nabi saw. cetakan ke 7. Beirut : Al-Maktab Al-Islami, 1985.

3. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani Ahkaam Al-Jana'iz wa bida'uhaa. cetakan baru. Riyad : Maktabah Al-Ma'arif, 1993.

4. Sheikh Sayed Sabiq. Fiqh Al-Sunnah cetakan khas. Kansas city : Manaar Al-Dauliyah, 1995.

خيرالأمين