:salam
Bagaimanakah caranya untuk setiap muslim menyampaikan risalah-risalah Allah serta sabdaan-sabdaan Nabi SAW dalam kehidupan seharian.
Kita lihat sekarang ramai orang-orang muda sekarang yang berminat dengan Hadith nabi. kebanyakkan dari mereka sudah ada kesedaran tentang pentingnya beramal dengan sabdaan Nabi SAW walaupun kebanyakkan dari mereka tidak ada background mengaji di pusat-pusat Ilmu Islam secara konsinten.
Diharap ustaz-ustaz sedia memberi tips bagaimana mahu menyampaikan Sabdaan-sabdaan Rasulullah SAW kepada orang ramai, sesuai dengan pesanan Baginda SAW semasa Khutbah Baginda SAW yang terakhir "Sampaikanlah daripada ku walaupun SATU ayat", "Semoga yang terakhir lebih faham dari yang dapat terus daripadaku".
Bagaimanakah bentuk Hadith yang perlu disebarkan dari segi matan, terjemahan, sanad2? supaya dapat kita beramal dengan hadith Rasulullah yang terakhir tersebut.
:guin
Hadith di atas merupakan akar kepada dakwah supaya berhati-hati dalam menyampaikan dakwah. Dan bencananya amat besar akibat lidah yang tidak tahu. Para ulamak telah memberikan peringatan yang penting iaitu jangan berkata pada hadith yang dha'if, "Sabda Rasulullah S.A.W" dengan lafaz yang jazam dan pasti.
Ibnu Salah telah berkata dalam bahagian 22 daripada kitab Ulum Al-hadith: "Apabila engkau hendak meriwayatkan hadith dhaif tanpa menyebut sanadnya, maka janganlah engkau kata, 'sabda Rasulullah S.A.W begini, begini…' dan apa-apa lafaz pasti yang serupa itu, yang mana Rasulullah S.A.W mengatakan demikian. Tetapi hendaklah engkau katakan, 'Diriwayatkabn daripada Rasulullah S.A.W begini, begini..' atau … 'telah datang riwayat daripadanya…' atau 'diriwayatkan oleh sesetengah mereka…' atau lafaz seumpamanya. Demikianlah hukum pada hadith yang engkau ragukan kesahihan dan kedaifannya. Dan engkau katakan, 'Sabda Rasulullah S.A.W' atau seumpamanya menurut hadith yang jelas kepada engkau sahihnya dengan yang diperjelaskan. Allah Yang Maha Mengetahui." (Dipetik dari Muqaddimah Ibn Salah Wa Mahasin al-Istilah).
http://www.zayed.com
:salam
Jwpn sdr Zayed memadai. Sila ke url berikut utk bacaan lanjutan.
SJ-2479: Penggunaan Hadis-Hadis Lemah Bah. 1
Awas!! Hindari Hadis Dha'if dan Palsu.. Ia adalah racun
SJ – 2561 : NASYID HADDAD ALWI & SULIS BERBAU SYIAH ?
Sekian.
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.