:salam
Sesetengah negara spt. Jordan, Iran dan Pakistan membenarkan konsep "honour killings", iaitu seorang yang dituduh melakukan zina akan dibunuh oleh keluarga mereka sendiri, kononnya untuk "menebus malu". Apakah pandangan AhluS Sunnah Wal Jamaat mengenai perkara ini?
:wassalam
:wassalam
Jawab:
Hukum Honour Killings itu termasuk hukum2 adat yg dimansuhkan bila sudah diturunkan hukum Hudud, Qisas dan Takzir. Orang2 yg melakukan Honour Killings ini sudah tentu akan dihukum jika dapat dikesan oleh Pemerintah. Ini adalah hukum yg barbaric atau kaum yg tidak bertamaddun. Banyak hukum adat seperti ini yg masih diamalkan. Misalnya di beberapa kampung pendalaman pakistan, jika keluarga perempuan membatalkan pertunangan, maka keluarga lelaki boleh datang merampas anak dara itu dan boleh merogolnya. Ini dinamakan honour Rape (rogol utk mengembalikan maruah). "Apakah Hukum jahiliyah yg mereka inginkan?" WA