SJ - 3032: [G] BID'AH dalam Setahun

3 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ - 3032: [G] BID'AH dalam Setahun

:salam

Berikut soalan yg masuk ke dalam PM saya. Saya turunkan di sini agar boleh dikongsi bersama. WA.

-------

bolehkah berikan senarai amalan bid,ah yang menjadi amalan masyarakat skrg? supaya saya dapat menjaga amalan saya dr kecampuran amalan bid,ah..

TELLY

-------

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: BID'AH DALAM SETAHUN

:salam

Usaha sdr utk menjauhkan bid’ah mmg patut dipunyai oleh seluruh umat Muhammad SAW. Usaha sebegini harus dipuji bahkan diikuti oleh orang lain. Namun, soalan sdr ini terlalu byk utk kami senaraikan. Ala kulli hal, saya akan cuba menyenaraikan beberapa bid’ah sepanjang tahun. Sila teliti dahulu beberapa artikel yg saya sertakan URLnya terlebih dahulu:

Pembahagian Bid'ah Hasanah dan Bid'ah Sayyi'ah

APAKAH ITU BID'AH

Sebelum itu, ingin saya ingatkan kepada diri saya dan juga kepada yg lain akan 2 usul 20 yg dikemukakan oleh Syeikh Hasan al-Banna iaitu:

11. Setiap bid’ah dalam agama Allah adalah tidak mempunyai asas sama sekali yang dipandang baik oleh manusia hanyalah menurut hawa nafsu mereka, sama ada dengan cara menambah atau mengurangkannya adalah kesesatan yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang paling baik sehingga tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bid’ah itu sendiri.

12. Bid’ah dengan cara menambah, meninggalkan dan beriltizam dengan sejenis ibadat mutlak adalah masalah khilafiyah. Setiap orang mempunyai pendapatnya sendiri dan tidak mengapa mencari hakikat berdasarkan dalil dan bukti.

(Ihat URL ini utk huraiannya: HURAIAN RINGKAS USUL KESEBELAS

-Muharram
Meratap/bersedih pada hari Asyura(10 Muharram)
‘Berhari raya’ pada hari Asyura
Menyalakan api pada 10 hari pertama Muharram
Mandi, bercelak dan lain2 pada hari Asyura
Lihat URL berikut utk bacaan lanjutan:

Amalan Awal Muharam - Adakah ia benar atau batil?

-Safar
Menganggap bulan Safar sebagai bulan membawa sial

-Rejab
Lihat URL berikut:

Bulan Rejab : apakah fadilatnya melebihi dari bulan-bulan yg lain?

-Sya’ban
Mengadakan solat Alfiyah
Lihat URL berikut:

Puasa Bulan Syaaban (i)

Puasa Bulan Syaaban (ii)

Puasa Bulan Syaaban (iii)

-Ramadhan
Solat Khusus lailatulqadr
lihat URL berikut:

Bagaimana kita menyambut Ramadan?

-Syawal
Menganggap nikah pada bulan ini membawa sial
lihat URL ini juga:

Eid : Hukum dan Adabnya

-Menyambut awal tahun masihi.

-Kenduri arwah yg dilakukan pada malam2 tertentu.

-Berdoa secara beramai2 selepas solat jemaah

-Membaca al-quran secara beramai2 spt amalan membaca yaasin pada malam jumaat

-Mengangkat tangan ketika berdoa ketika khutbah jumaat

Inilah antara yg sempat saya senaraikan. Sebenarnya banyak lagi. Saya menyarankan sdr utk mendapatkan buku2 yg berkaitan supaya lebih memahaminya. Antara buku2nya,

al-Bida’ al-Hauliyyah(Ritual Bid’ah dalam setahun)
oleh Abdullah bin Abdul Aziz at-Tuwaijiry

Al-Amru bil Ittiba’ wan Nahyu Anil Ibtida’(Tegakkan Sunnah Runtuhkan Bid’ah)
Oleh Imam as-Suyuti

Khilafiah, Bid’ah dan Maslahah Umum
Oleh Ust Basri Ibrahim

Sekian. WA.

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ - 3032: [G] BID'AH dalam Setahun

:wassalam
Jawapan Telah diTahqeeq dan diLuluskan