:salam
Baru-baru ini seekor anjing telah bermain-main dan menjilat bolasepak kami. Setelah itu, rakan saya hanya membasuh bola tersebut di lopak air hujan yg sederhana besarnya, saya yakin cukup besar untuk tidak berubah warna, bau atau rasa air itu. setelah dibasuh itu (hanya sekali dengan air, bukan 7 kali+tanah), maka jika saya menyentuh bola itu dengan tangan semasa ia masih basah, najiskah tangan saya?
:salam
Bolasepak yg dijilat anjing, wajib utk dia mensucikan dgn sebanyak tujuh kali, mula-mulanya dengan tanah berdasarkan hadits Abu Hurairah r.a. katanya:
Artinya :
“Telah bersabda Rasulullah saw.: “Mensucikan bejanamu yang dijilat oleh anjing, ialah dengan mencucinya sebanyak tujuh kali, mula-mulanya dengan tanah.”
(H.r. Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Baihaqi).
Jadi, jika bola itu basah dan kemudiannya disentuh oleh sdr, maka najis itu berpindah.
Sekian. WA.
:wassalam
Fiqhus sunnah 1
Sayyid sabiq
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.