Assalamualaikum,
Perihal zakat galian sepert emas adalah jelas tetapi kini penemuan campuran galian seperti Platinum (emas putih) yang lebih mahal market valuenya dari emas ada kekeliruan dari segi adakah perlu dibayar zakat. Terima Kasih
Sumber Rujukan Islam Anda..
Assalamualaikum,
Perihal zakat galian sepert emas adalah jelas tetapi kini penemuan campuran galian seperti Platinum (emas putih) yang lebih mahal market valuenya dari emas ada kekeliruan dari segi adakah perlu dibayar zakat. Terima Kasih
Jawab:
Memang keliru sebab perlombongan di zaman silam hanya tertumpu kpd emas dan perak sahaja, maka menurut kitab-kitab klasik, zakat perlombongan logam selain emas dan perak dikecualikan dari zakat logam (ma'dan) (alMajmu')
alQardhawi dalam mentarjihkan hal ini memilih pendapat Hanbaliah (Fiqh Zakat 1/453) yg menetapkan logam apa pun yg dilombong diwajibkan zakat logam galian. Dalilnya: AQ 2:267; Kadar zakatnya hendaklah diputuskan oleh Pusat Zakat berdasarkan kos modal dan kesusahan (kos pengeluaran) perlombongan itu dalam kadar 1/5 (rikaz), 1/10 atau 2.5%
Madzhab Hanafi (Abu Yusof, alKharaj, 83) pula menetapkan 1/5. Allahu a'alam