SJ-12-0028 : Tatacara berkasih menurut dalam islam

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0028 : Tatacara berkasih menurut dalam islam

Assalammualaikum,
Alhamdulillah sy dah lama juga mengikuti forum al-ahkam ini dan banyak guideline yg sy dan kwn2 sy perolehi, terima kasih kepada para moderator dan ahli al-ahkam semua moga usaha kalian diberkati Allah.

jadi kali ini sy ada beberapa kemuskilan mengenai tatacara perhubungan antara lelaki dan perempuan sebelum ke pintu gerbang perkahwinan.

saya ingin tahu akan kaedah atau tatacara saya selaku seorang lelaki :

1. Hendak approach seorang wanita.
2. Menjalinkan perhubungan setelah berkenalan
3. Hubungan setelah bersetuju untuk menerima saya sebagai teman hidup (jangka waktu semasa bertunang sebelum berkahwin).

insyaAllah saya harap mendapat sedikit sebanyak guideline sebagai bakal suami dan bapa muslim, dan sy nampak cara perhubungan sebelum berkahwin ini ada mempengaruhi keberkatan dalam perhubungan kita kemudian hari.

Harap dapat tuan2 moderator dapat memberi tunjuk ajar.

Wassalam

SJ-12-0028 : Tatacara berkasih menurut dalam islam

wa'alaikumssalam

Alhamdulillah. kami akan cuba menjawab soalan sdr penjejak_badai dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada al-ahkam, dan sebar-sebarkanlah berita mengenai laman web kami yang tak seberapa ini kepada rakan-rakan seIslam yang lain. Soalan sdr penjejak_badai :-

Q1. Bagaimana hendak approach seorang wanita?. Jawab : Interaksi lelaki dan perempuan didalam Islam dibenarkan dengan menturuti syarat-syarat yang ditetapkan didalam Islam. Sdr boleh melihat didalam SoalJawab : SJ-13-0044 : hubungan dgn bukan muhrim. Batas-batasnya telah diberikan oleh Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Andai kata semasa berinteraksi yang dibenarkan oleh syara' tercetus perasaan suka, maka bolehlah sdr melakukan lamaran. Perlu diingatkan bahawa interaksi lelaki dan wanita bukanlah untuk tujuan begini. Proses ini didalam Islam di sebut "Khitbah". Ia hanyalah booking sahaja. Syiekh al-Qaradhawi mengatakan :

æÇáÎØÈÉ Úáì ÃíÉ ÍÇá áÇ íÊÑÊÈ ÚáíåÇ Ãí ÍÞ ááÎÇØÈ¡ ÅáÇ ÍÌÒ ÇáãÎØæÈÉ ÈÍíË íÍÙÑ Úáì ÛíÑ ÇáÎÇØÈ Ãä íÊÞÏã áÎØÈÊåÇ¡ æÝí ÇáÍÏíË: " áÇ íÎØÈ ÃÍÏßã Úáì ÎØÈÉ ÃÎíå ". (ãÊÝÞ Úáíå).
"Khitbah (Bertunang), walaupun dilakukan sebagai upacara, hal itu tidak lebih hanya untuk menguatkan dan memantapkannya sahaja. Dan khitbah bagaimanapun keadaannya tidak akan dapat memberikan hak apa-apa kepada si peminang melainkan hanya dapat menghalangi lelaki lain untuk meminangnya, sebagaimana disebutkan dalam hadits:

"Tidak boleh salah seorang diantara kamu meminang pinangan saudaranya." (Muttafaq 'alaih)" -[Fatawa Mu'asyirah - 1]

Q2. Menjalinkan hubungan selepas berkenalan. Jawab : Tidak wujud apa-apa hubungan diantara 2 insan (lelaki dan perempuan) menurut kaca mata Islam. Percintaan sebelum perkahwinan (ÇáÍÈ ÞÈá ÇáÒæÇÌ) tidak wujud didalam Islam. Ini telah kami nyatakan didalam SoalJawab : SJ-12-0027 : Masalah kasih sesama manusia. Kata Syiekh Al-Qaradhawi lagi :

ÃæÏ Ãä ÃÄßÏ ãÇ ÐßÑÊå ãÑÇÑðÇ: Ãäí áÇ ÃÍÈÐ ãÇ íÞæáå ÈÚÖ ÇáäÇÓ Ýí ÚÕÑäÇ ãä ÖÑæÑÉ " ÇáÍÈ ÞÈá ÇáÒæÇÌ " áÃä åÐÇ ÇáØÑíÞ ãÍÝæÝ ÈÇáÎØÑ ãÍÇØ ÈÇáÔÈåÇÊ.
"Ingin saya tegaskan sekali lagi apa yang telah saya kemukakan beberapa kali : bahawa saya tidak setuju dengan slogan sebahagian orang zaman moden tentang "Bercinta sebelum berkahwin", kerana jalan yang begitu penuh dengan bahaya dan meliputi samar-samar." -[Fatawa Mu'asyirah - 2].

Didalam soal-jawab diatas juga menyatakan bahawa pasangan yang bertunang juga merupakan orang yang asing, pertemuan hanya dibenarkan bersama mahram perempuan tersebut. Cuma satu sahaja keistimewaan wanita yang bertunang; dia haram dipinang oleh orang lain.

Q3. Sama seperti jawapan Q2.

Kesimpulannya, tidak ada tatacara percintaan didalam Islam diantara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Islam tidak percaya akan cinta sebelum bernikah. Mereka yang bertunang juga pergaulannya terbatas, sama seperti perhubungan dengan bukan mahram. WA.

wassalam
===========
Rujukan :

1. Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mua'syirah - 1. cetakan ke 9. Kuwait : Dar Al-Qalam, 2001.

2. Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mu'asyirah - II. Cetakan ke 3. Manshurah : Dar Al-Wafa', 1994.

خيرالأمين

SJ-12-0028 : Tatacara berkasih menurut dalam islam

Assalamu'alaikum

Tambahan sedikit, kami paparkan pandangan dari bekas mufti Arab Saudi, Syeikh Utsaimin mengenai 'hubungan percintaan diantara dua insan' :-

ÇáÊæÇÕá Èíä ÇáãÊÍÇÈíä Úáì ÛíÑ æÌåò ÔÑÚí åÐÇ åæ ÇáÈáÇÁ ¡ æåæ ÞØÚ ÇáÃÚäÇÞ æÇáÙåæÑ ¡ ÝáÇ íÍá Ýí åÐå ÇáÍÇá Ãä íÊÕá ÇáÑÌá ÈÇáãÑÃÉ ¡ æÇáãÑÃÉ ÈÇáÑÌá ¡ æíÞæá Åäå íÑÛÈ Ýí ÒæÇÌåÇ ¡ Èá íÎÈÑ æáíåÇ Ãäå íÑíÏ ÒæÇÌåÇ ¡ Ãæ ÊÎÈÑ åí æáíåÇ ÃäåÇ ÊÑíÏ ÇáÒæÇÌ ãäå ¡ ßãÇ ÝÚá ÚãÑ ÑÖí Çááå Úäå ÍíäãÇ ÚÑÖ ÇÈäÊå ÍÝÕÉ Úáì ÃÈí ÈßÑ æÚËãÇä ÑÖí Çááå ÚäåãÇ .
æÃãÇ Ãä ÊÞæã ÇáãÑÃÉ ãÈÇÔÑÉ ÈÇáÇÊÕÇá ÈÇáÑÌá ÝåÐÇ ãÍá ÝÊäÉ .

"Hubungan diantara kekasih adalah tidak wajar dan tidak syarie, ia murupakan jalan mengundang bala' dan bencana yang sebenar. Tidak dibenarkan bagi seorang lelaki menghubungi wanita didalam kes ini (bercinta), atau bagi wanita menghubungi lelaki tersebut. Jika dia berkata bahawa dia ingin mengkahwini wanita tersebut, maka hendaklah ia memberitahu walinya bahawa dia ingin berkahwin dengan wanita tersebut, atau wanita tersebut memberitahu walinya bahawa dia ingin mengkahwini lelaki tersebut, sebagaimana yang dilakukan oleh Umar ra dimana beliau telah menawarkan anaknya Hafsah berkahwin dengan Abu Bakar ra dan Uthman ra. Akan tetapi jika wanita tersebut menghubungi lelaki tersebut secara terus, maka ini merupakan punya fitnah." - As’ilat al-Baab il-Maftooh (Soalan no. 868).

wassalam

خيرالأمين